
‘Tidak Sengaja’ Atau Hanya Gimik? Tom Holland Dedah Tajuk Rasmi Spider-Man 2
GAYA HIDUPPara peminat Marvel sudah tentu ‘masak’ dengan sifat naif dan ‘lurus’ pelakon Spider Man iaitu Tom Holland. Kalau korang browse di Youtube, banyak interview filem yang menunjukkan Holland terlepas cakap atau terbagitahu plot-plot penting dalam filem yang akan keluar. Senang cerita, kalau nak ‘spoilers’ semua akan cari Tom Holland.
Dilabel sebagai pelakon yang paling ‘tidak boleh’ dipercayai oleh Marvel, dalam Infinity War, beliau hanya mendapat skrip yang ada dialog babaknya sahaja. Sampai macam tu sekali Marvel takut Holland akan leak plot atau babak penting dalam filem tersebut.
Terbaru, Tom Holland buat hal lagi apabila secara ‘tidak sengaja’ mempamerkan tajuk rasmi filem Spider-Man 2 kepada pengikutnya di Instagram. Jika sebelum ini, beliau ‘kantoi’ untuk wataknya dalam Avengers, kali ini nampaknya Marvel mempergunakan Holland bagi mempromosikan filem terbaru aktor berkenaan.
Melalui skrip yang dipegangnya, terpampang tajuk kedua Spider-Man 2 iaitu ‘Spider-Man : Far From Home’. Menurut sumber, kejadian kali ini bukanlah daripada kesilapan Tom, tetapi sudah dirancang oleh Marvel untuk umumkan tajuk filem kedua Spider-Man secara tak langsung.
Dari tajuk, para peminat Spider-Man sudah mula berteka-teki tentang jalan cerita serta plot filem kedua itu. Tak kurang juga teori-teori yang dikeluarkan oleh peminat di Reddit.
Apa-apa pun, kita nantikan sahaja trailer atau filemnya keluar nanti.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video