10 Bandar Paling Mahal Di Dunia Untuk Didiami Ekspatriat Untuk Tahun 2021

GAYA HIDUP
June 22, 2021 - 06:45 PM


Setiap tahun kita akan disajikan dengan laporan bandar-bandar yang paling mahal untuk didiami di dunia untuk orang luar yang berkerja di negara asing, ataupun kita panggil ekspatriat, ataupun ekspat. Laporan tahunan itu merangkumi 209 bandar, dan mengambil kiri harga tempat tinggal, pengangkutan, makanan, dan juga hiburan, dan bandar yang menjadi asas perbandingan adalah New York. 

Tahun ini, Ashgabat, yang terletak di Turkmenistan merupakan bandar yang paling mahal untuk didiami ekspat. Ibu negara Turkmenistan tersebut berada di tangga kedua pada tahun lepas, dan bandar tersebut merupakan hub bisnes yang besar sama seperti Hong Kong yang berada di tangga kedua tahun ini, dan tangga pertama tahun lepas. 

Namun, bukan semuanya indah belaka, kenaikan kos sara hidup di Ashgabat adalah berpunca daripada krisis kewangan negara mereka yang menyebabkan penurunan bekalan makanan, dan hiperinflasi.

Antara yang mengejutkan di dalam laporan tahun ini juga adalah Beirut, ibu negara Lubnan yang kini berada di tangga ke-3, walhal tahun lepas berada di tangga ke-45, dan ianya berkemungkinan besar disebabkan oleh keadaan ekonomi yang teruk akibat wabak pandemik, dan juga letupan yang berlaku di pelabuhan Beirut, Ogos tahun lepas. 

Antara bandar yang paling murah untuk ekspat pula adalah Tbilisi, Georgia (207), Lusaka, Zambia (208) dan Bishkek, Kyrgyzstan (209).

TOP 10 BANDAR PALING MAHAL DI DUNIA UNTUK EKSPAT

1. Ashgabat (Turkmenistan)

2. Hong Kong (China)

3. Beirut (Lubnan)

4. Tokyo (Jepun)

5. Zurich (Switzerland)

6. Shanghai (China)

7. Singapore

8. Geneva (Switzerland)

9. Beijing (China)

10. Bern (Switzerland)