Malaysia Terkeluar Dari 10 Senarai Passport Paling Berkuasa Di Dunia 2019

TERKINI
April 01, 2019 - 04:08 PM


Nampaknya passport Malaysia sudah terkeluar dari carta antara 10 passport paling berkuasa untuk tahun 2019. Untuk tahun 2019 nampaknya negara-negara Asia berjaya menjadi 3 negara untuk passport paling berkuasa untuk tahun ini. Tiga negara di asia, iaitu Jepun, Singapura dan Korea Selatan mempunyai pasport paling berkuasa dalam dunia.

Menerusi ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Indeks Pasport Henley, warga tiga negara berkenaan boleh melawat ke 189 negara tanpa perlu membuat permohonan visa.

Firma penasihat Henley & Partners yang memberi ranking bagi kuasa pasport setiap negara berkata, ranking baharu itu membuktikan peningkatan dan pengaruh kuasa negara Asia di peringkat dunia.

Menerusi ranking tersebut, selepas ketiga-tiga negara berkenaan, Jerman berada di tangga kedua di mana penduduknya mendapat akses ke 188 negara tanpa visa.

Selain itu, turut tersenarai lima negara lain yang berada pada tangga kedua ialah Denmark, Finland, Perancis, Itali dan Sweden.

Warganegara lima negara ini dibenarkan melawat ke 187 negara lain tanpa perlu membuat permohonan visa. Indeks Pasport Henley merupakan antara rujukan penting bagi pelancong di seluruh dunia dan pengaruh sesebuah negara. Berikut merupakan 10 ranking pasport paling berpengaruh di dunia.

1. Jepun 1. Singapore 1. South Korea

2. Germany

3. Denmark 3. Finland 3. France 3. Italy 3. Sweden

4. Luxembourg 4. Spain 5. Austria

5. Netherlands 5. Norway 5. Portugal 5. Switzerland 5. United Kingdom

6. Belgium 6. Canada 6. Greece 6. Ireland 6. United States of America

7. Czech Republic

8. Malta 

9. Australia

10. Hungary 10. Latvia 10. Lithuania 10. Slovakia 10. Slovenia

Sumber : Independent UK

Destination: