10 Tanda Anda Bakal Menginap Di Hotel Yang ‘Tak Best’





Memang diluar sana tak akan ada hotel yang sempurna, kadangkala walaupun bayaran mahal ada sikit atau sesuatu yang boleh mendatangkan perasaan tak puas hati dengan penginapan yan ada. Mungkin tuala tidak disediakan, sabun tidak di isi semula dan lain-lain.

Namun ada sesetengah hotel ni, memang tak dapat dimaafkan dan membuatkan percutian korang rosak dan terganggu.

Sebelum korang terkena, beberapa pakar dalam dunia percutian ni ada berkongsi 10 tanda hotel tersebut sebenarnya teruk. Cuba korang perhatikan 10 tanda ini…

 

#1. Gambar Terlalu Diedit

Memang kebiasaannya kita hanya akan sedar yang hotel tersebut tak macam apa yang kita jangkakan hanya bila melangkah masuk ke bilik penginapan kita. Tapi, untuk mengelakkan perkara ini lain kali, cuba perhatikan gambar hotel di laman web rasmi atau laman web tempahan macam Agoda ke dan sebagainya.

Selalunya, gambar-gambar ini akan kelihatan cantik. Hotel dengan reputasi yang baik ddan cemerlang takkan edit terlalu banyak gambar mereka. Sebolehnya mereka akan berikan gambar yang ‘raw’ dan diambil oleh jurugambar professional untuk menunjukkan maklumat mereka tepat dan keprofessionalan mereka.

Kedua, berhati-hati dengan hotel yang hanya tunjukkan gambar luaran hotel tanpa ada gambar bilik. Berkemungkinan besar keadaan bilik mereka sangat tidak menepati citarasa anda sebagai tetamu.

 

#2. Maklumat Website dan Google Berlainan

Lepas korang pastikan atau dapat gambar hotel dan pemandangan sekitar melalui website atau laman sosial, cuba pergi ke google earth untuk dapatkan gambaran sebenar.

Kalau betul, alamat hotel akan tunjuk pemandangan yang sama dalam ‘google street view’. Ada kemungkinan alamat salah, pastikan hotel itu wujud di situ dengan buat panggilan telefon dan pastikan tempahan anda ada.

Macam contoh, masa ke Cambodia tempoh hari, hotel yang dinyatakan dalam Agoda masih ada tapi di lokasi sebenar, hotel tersebut dah bertukar management dan hotel baru dah buat nama dan akaun baru di Agoda. Jadi diorang tak padamkan hotel lama. Bayangkan, dah sampai, tanya… hotel tu dah tutup. Tapi, bayaran dah diambil.

 

#3. Harga Tak Masuk Akal

Betul, ada kalanya hotel dan tempat penginapan ini adakan promosi, cuma untuk harga promosi ni, lebih selamat jika ianya dibeli terus dari laman web hotel berkenaan ataupun laman web tempahan yang sahih.

Antara contoh harga tak masuk akal adalah, hotel lima bintang, tapi harga diberikan sama seperti menginap di hostel. Itu adalah yang tak kena tu.

 

#4. Ada Laporan Pepijat

Salah satu perkara yang saya sendiri suka buat sebelum tempah mana-mana hotel adalah baca review terkini tempat berkenaan. Ambil tempoh sebulan atau dua bulan sebelum. Jika ada laporan yang teruk lagi-lagi berkenaan ada pepijat atau penghuni mengadu gatal-gatal, jangan lah menginap di hotel berkenaan.

Cari hotel lain, melainkan korang yakin yang hotel tu dah bersihkan dan tukar tilam baru. Tapi, percayalah, agak berisiko.

 

#5. Mengamuk Bila Terima Review Negatif

Kalau korang rajin baca review hotel, memang akan terjumpa satu atau dua review negatif, tapi nasihat saya, baca sepenuhnya apa yang jadikan penginapan dia tu negatif. Kadangkala perkara kecik je, macam contoh hotel tu bising.

Tapi, kalau diruangan review tu korang nampak pihak hotel atau ada orang mengaku pemilik balas komen negatif dengan nada marah atau makian, elakkan lah stay di hotel diorang tu. Nampak sangat diorang ni ada ‘attitude’ yang bermasalah.

Kebiasaannya hotel yang bereputasi tinggi, tidak kira respon pelanggan negatif macam mana sekalipun, diorang ni akan selembut mungkin balas dan menggunakan bahasa yang lembut.

 

#6. Semua Review Baik Dah Lama

Selain review negatif, review positif juga perlu korang beri perhatian sebelum nak tempah satu-satu hotel. Tarikh review diberi jugak memainkan peranan dan ianya sama penting dengan review itu sendiri.

Kalau korang tengok review lama ada masalah, cuba cari isu yang sama dalam review terkini, mungkin hotel tersebut dah buat penambahbaikan. Siapa tahu…

Tapi, korang kena elakkan hotel tersebut kalau isu yang sama ‘naik’ diruangan review dengan kerap, maknanya hotel tersebut memang bermasalah.

Contoh saya boleh bagi adalah Hotel di Port Dickson – Hotel Langit Langi. Dalam gambar kolam nampak cantik, hakikatnya… berkeladak. Pinggan mangkuk, sudu garfu waktu breakfast tak mencukupi, makanan tak cukup untuk semua tetamu walaupun turun awal dan tempat makan tak cukup. Padahal breakfast tersebut perlu dibayar. Bukannya complimentary.

 

#7. Kurang Peka Tentang Keselamatan

Untuk ini, korang hanya boleh nampak bila dah berada atau menginap di hotel berkenaan selain percaya kepada review yang ada.

Ada sesetengah hotel yang tidak menitikberatkan soal keselamatan penghuni, sebagai contoh pintu utama yang boleh diakses oleh sesiapa ataupun lif yang tidak perlukan kad akses untuk ke satu-satu tingkat.

Ini secara tak langsung membuatkan tetamu rasa tak selamat. Iyelah, sesiapa sahaja boleh keluar masuk sesuka hati di hotel berkenaan.

Kedua, pintu yang tidak dipasang kunci kedua. Dalam erti kata lain, tiada penyelak keselamatan. Ini sama juga, kalau ada orang dapat kad akses, boleh terus masuk. Bahaya!

 

#8. Karpet Kotor

Kalau kotor disebabkan tumpahan air lama, mungkin boleh dimaafkan lagi tapi kalau berhabuk dan berbau hapak, euwww, tak selesa!

Selain karpet, korang boleh juga perhatikan kawasan tandas atau cadar korang. Kalau ada kesan kotoran, call room service cepat-cepat suruh diorang bersihkan, atau mintak tukar bilik terus.

 

#9. Setiap Papan Tanda Masih Elok

Setiap papan tanda atau penunjuk arah masih ada dan elok, itu tandanya hotel berkenaan dijaga rapi.

Papan tanda ni ibarat imej hotel juga. Kalau imej hotel pun tidak terjaga, apatah lagi isu-isu berkaitan penyelengaraan. Ini termasuklah lampu, kawasan parking dan lain-lain.

Tanda-tanda hotel ni bermasalah boleh nampak dari cara dia kendalikan atau kekalkan perkara-perkara ‘remeh’ ni.

 

#10. Servis Teruk

Perkara paling utama atau tanda paling ketara korang tidak akan berpuas hati dengan penginapan korang adalah cara korang dilayan daripada hari pertama lagi.

Servis pertama yang korang akan terima kebiasannya adalah layanan front desk. Daripada sini sebenarnya korang dah boleh nilai macam mana staf lain atau setinggi mana standard hotel tersebut.

Cuba bayangkan, korang bayar untuk menginap di hotel berkenaan, tapi setibanya disana, korang dilayan tidak elok. Tiada penyambut tetamu, kena tunggu lama untuk dapatkan bilik dan lain-lain.

Selain itu, korang boleh perhatikan sama ada pekerja hotel ini mempunyai masalah disiplin atau tidak. Kalau ada, berkemungkinan besar hotel tersebut tidak hiraukan tentang disiplin pekerja dan ia akan berkait dengan servis yang bakal diberikan kepada korang jugak nanti.

Nota Editor : Rajin jugak baca review, kadang-kadang kalau review teruk, memang takkan pergi sebab memang teruk. Tapi ada jugak hotel yang improve disebabkan review negatif, senang cerita tengok latest review

Pilihan Editor :

6 Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Jika Menginap Di Hotel​

6 Destinasi Di Asia Tenggara Untuk Anda Yang Tidak Suka Bersesak