10 Tip Kekal Cantik Semasa Melancong

February 20, 2019 - 05:48 PM


Bila kita terutama wanita melancong ke luar negara, selain berdepan dengan tempoh perjalanan yang lama, iklim dan cuaca yang berbeza juga kemungkinan boleh menganggu kecantikan wajah anda.

Jangan risau kerana di sini ada 10 tip untuk anda kekal jelita semasa pengembaraan anda nanti.

1. Ikat rambut anda dan hiasi bersama selendang agar sentiasa cantik dan tidak kusut apabila tiba di destinasi setelah melalui penerbangan yang panjang. Tambah ekstra glamor dengan stail ikatan berbeza dari yang pernah anda lihat.

2. Bawa bersama serbuk rambut seperti syampu kering. Ia menghalang kulit kepala daripada berminyak serta membantu rambut segar dan cantik.

Anda boleh bawa syampu Keratin Smooth 72H dari L’oreal yang membuatkan rambut anda terasa lembut, tidak mudah kusut dan terurus untuk tempoh 3 hari lamanya.

3. Cuba perapi leave-in sebelum meninggalkan rumah. Salut rambut dengan selendang, bagaikan rawatan dingin dalam perjalanan ke destinasi.

4. Bawa bersama sikat yang bersaiz kecil agar mudah menyisir rambut.

5. Jangan lupa bawa bersama kertas kedap minyak. Perjalanan yang memakan masa yang lama mengeluarkan lebihan minyak pada wajah.

6. Untuk menenang dan menyegarkan mata letih dan bengkak, bawa bersama penyegar mata pilihan anda, baik krim mata ataupun penitis mata.

7. Usah lupa bawa pembersih mekap jenis travel kit atau yang boleh dibawa masuk dalam penerbangan. Cuci muka sebelum anda melelapkan mata, jangan tidur dengan solekan ia akan membuat anda tampak lebih tua daripada umur sebenar.

L’oreal juga menawarkan pembersih mekap dicampur dengan ‘French Rose Extract’ serta sesuai untuk semua kulit wajah termasuk kulit sensitif.

8. Pastikan anda bawa losyen atau krim pelembap. Penerbangan yang mengambil masa yang lama menyebabkan kulit pada tangan dan kaki kering.

 

9. Sebelum sampai ke destinasi yang dituju, anda perlukan produk yang ‘mengejutkan’ seperti mist penyegar. Sembur sebelum dan selepas menata rias. Pasti anda tampak segar walaupun berada dalam penerbangan yang lama.

10. Minum air secukupnya agar kulit terhidrat. Penerbangan yang mengambil masa yang lama boleh menyebabkan kulit kering dan kusam. Sapukan lip balm agar bibir tidak kering atau pucat.