13 Tips Berguna Yang Memudahkan Hidup Anda, #11 Paling Admin Suka
GAYA HIDUPKita mungkin pernah mencari tips solekan, cara-cara membuat sendiri (DIY) barang buangan menjadi barang yang baru, resepi masakan di laman Google. Namun, ia terhad kepada sesuatu yang anda cari sahaja.
Namun kali ini, kami cuba berkongsi kepada anda beberapa tips berguna yang tidak terhad untuk satu kategori sahaja, dan ia amat berguna untuk memudahkan kita menjalani kehidupan akan datang. Baiklah, sudah bersedia untuk memperbaiki kehidupan anda?
#1 Pegang objek untuk dijadikan sebagai jam loceng
Pegang apa-apa objek yang menghasilkan bunyi yang lantang apabila ia terjatuh atau digoyangkan. Sebagai contoh, memegang beberapa anak kunci. Oleh yang demikian, anda tidak akan terlebih tidur dan mudah terjaga jika anda mahu terlelap sebentar di pejabat.
#2 Sejukkan sudu di dalam peti ais untuk elakkan lidah anda melecur
Tips ini amat berguna buat mereka yang sering mengalami keadaan lidah sedikit melecur akibat makan makanan yang masih panas. Ataupun para suri rumah yang sering kali merasa masakan mereka ketika memasak. Sakit betul! Justeru, anda boleh cuba meletakkan sudu di dalam peti ais dan keluarkannya ketika anda ingin merasa masakan anda.
#3 Memasak telur rebus di dalam ketuhar
Jika anda ingin makan telur rebus, cuba cara ini. Hal ini kerana ada sesetengah orang mendakwa bahawa memasak telur menggunakan ketuhar adalah lebih baik daripada merebusnya di dalam air panas.
Dikatakan telur yang dimasak menggunakan ketuhar lebih mudah untuk mengupas kulitnya dan teksturnya lebih lembut. Anda harus memasaknya di dalam ketuhar selama 30 minit, dan hasilnya sangat memberansangkan!
#4 Memasak piza meletakkan ‘batu bata’ di dalam ketuhar
Batu-bata menjadikan piza, roti dan pelbagai lagi makanan mendapat kerak yang tiada tandingannya. Tetapi, tidak mungkin kita akan memasukkan batu bata ke dalam ketuhar. Hanya gunakan dua lapis jubin (di atas dan di bawah) untuk menjadikan proses pembakaran piza itu seperti memasak di dalam ketuhar batu-bata. Ia akan meratakan haba pada semua bahagian piza. Pasti enak!
#5 Gunakan tortilla sebagai kulit taco
Jika anda peminat makanan Amerika Selatan, anda boleh gunakan balutan tortilla sebagai kulit taco. Cuma balutkan dengan tuala lembab dan masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro untuk distim selama 30 saat.
Letakkan ia pada permukaan dan sembur semburan masakan (cooking spray). Kemudian, bungkus setiap tortilla di atas dua batang rak ketuhar. Bakar sehingga rangup selama 7-10 minit.
#6 Buka sedikit penutup teko untuk rasa kopi yang lebih beraroma
Anda boleh ikut petua ini jika anda inginkan kopi anda lebih enak. Sewaktu anda menuang kopi di dalam cawan, buka sedikit penutupnya agar ia dapat bertindakbalas dengan oksigen. Dikatakan oksigen mampu memperkayakan tekstu kopi anda.
#7 Jangan letakkan dompet pada poket belakang seluar jeans
Sudah menjadi tabiat yang sukar dihakis untuk kita meletakkan dompet pada poket belakang seluar jeans, walaupun kita tahu penyeluk saku mudah untuk mencuri dompet kita. Namun sebenarnya tabiat ini juga menjejaskan kesihatan anda. Ia terbukti mampu menyakiti bahagian bawah belakang badan dan saraf pelvik serta skiatik.
#8 Sentiasa bawa pakaian tambahan jika ke majlis
Kita tidak dapat jangka apa yang bakal berlaku, lebih-lebih lagi ketika menghadiri majlis istimewa. Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, bawa sahaja pakaian tambahan sebagai persediaan.
#9 Dua cara untuk melegakan hidung tersumbat
Cara pertama : Anda perlu meletakkan tekanan pada titik di atas hidung. Tulang pada bahagian berkenaan mula digerakkan dan ia akan merangsang laluan cecair tersebut.
Cara kedua : Anda perlu memicit hidung, tahan nafas dan mula mengangguk-anggukan kepala anda. Pergerakan ini akan mengumpul karbon dioksida dan otak anda akan cuba menolak sinus hidung keluar kerana kekurangan oksigen. Dengan mudah anda dapat menghembus cecair itu kemudiannya.
#10 Gunakan span beku sebagai rawatan menggantikan ais batu
Jika anda mengalami sakit dan sengal-sengal pada badan, mesti anda akan mendapatkan ais batu dan kemudian meletakkannya pada bahagian tersebut. Kini, anda boleh ubah menggunakan span yang telah dibekukan.
Rendamkan ia dengan air terlebih dahulu kemudian masukkan ke dalam beg plastik sebelum meletakkan di dalam peti ais. Ia tidak mudah mencair dan tahan lebih lama.
#11 Peraturan 2 minit
Peraturan ini mementingkan waktu, di mana anda tidak boleh menangguhkan tugasan lebih daripada 2 minit. Contohnya, melewatkan mengemas katil selepas bangun tidur atau melambatkan cucian pinggan di sinki. Hal ini kerana melengahkan kerja akan menyusahkan anda kelak.
#12 Menjadi sebahagian daripada ahli zoo
Apabila kita melawat zoo, sudah pastilah kita mahu haiwan di sana datang dekat pada kita. Tetapi, sebenarnya mereka takut akan kita. Oleh itu, anda boleh cuba memakai pakaian yang seakan-akan sama dengna pekerja zoo ataupun haiwan tersebut supaya mereka berasa anda bukanlah makhluk asing.
#13 Kaki yang tidak tertutup ketika tidur memudahkan anda tidur dengan lebih cepat
Mungkin anda ada baca banyak tips untuk mudah tidur ketika malam bagi mengelakkan masalah insomnia. Salah satu cara yang mudah adalah keluarkan sebelah kaki anda daripada selimut.
Suhu yang rendah juga turut menyumbang kepada tidur yang berkualiti. Juga disarankan untuk tidur dengan tingkap yang dibuka untuk membiarkan udara segar memasuki ruang kamar anda.