17 Jemaah Umrah Palsukan Vaksinasi Menyebabkan 122 kes Omicron Baru di Malaysia

GAYA HIDUP
January 08, 2022 - 12:45 PM


Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) apabila 14 peratus daripada 122 kes Omicron membabitkan jemaah umrah setakat Selasa tidak menerima suntikan vaksin.

Berdasarkan data yang dikongsikan daripada 122 dijangkiti Omicron itu 26 menerima vaksin AstraZeneca, Moderna (satu), Pfizer (57), Sinovac (enam), selain penerima dos penggalak Pfizer (enam) dan Sinovac (lapan), manakala 17 tidak divaksinasi.

Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari berkongsi pandangan terhadap isu jemaah umrah yang menipu status suntikan vaksin seperti yang tular baru-baru ini.

Kata Dr Izzar, seandainya dirinya terpilih sebagai salah seorang jemaah umrah ketika ini, antara perkara yang perlu dilakukan adalah pengambilan vaksin wajib seperti yang ditetapkan dalam syarat kemasukan ke Arab Saudi dan negara kita sendiri, Malaysia.

Kalau saya dapat pergi buat Umrah, saya akan pastikan saya mematuhi undang2 negara kita dan Arab Saudi. Saya akan dapatkan vaksin Meningococcal dan juga lengkap divaksinasi Vaksin C-19 seperti yang diwajibkan. Peraturan tu dibuat untuk melindungi kita dan juga orang2 lain di rumah Allah nanti. Kan bagus.

Tapi kalau ada orang tertentu memberi peluang kepada kita untuk pergi umrah tanpa perlu vaksinasi, rasa2 nak ke? Kita menipu siapa sebenarnya? Rasa bagus dan bangga dapat lepas pemeriksaan di KLIA dan Arab Saudi? Rasa kebal dapat tawaf beramai2 dengan orang lain sambil meningkatkan risiko jangkitan C-19 dan meningococcal?

Saya taknaklah macam tu. Saya kalau boleh, nak ke Tanah Suci tu diri pun kenalah suci atau bebas dari apa2 unsur penipuan sebelum ke sana. Saya nak bersihkan niat dan hati saya dahulu. Dan elakkan bersekongkol dengan mana2 pihak yang akan merosakkan niat dan hati saya.

Kalau saya memilih untuk tidak divaksin dan menipu diri sendiri untuk pergi umrah juga, saya bukan sahaja akan membahayakan nyawa saya, malah nyawa2 jemaah umrah lain juga. Kalau apa2 jadi kat mereka disebabkan saya, macam manalah saya nak menjawab nanti. Bukan menjawab di dunia sahaja.

Tapi, yang paling saya takut ialah apabila saya akan menidakkan hak/peluang jemaah2 lain untuk menunaikan umrah/haji di masa hadapan kerana saya menipu telah divaksinasi. Takut Kerajaan Arab Saudi akan ban Jemaah dari Malaysia disebabkan saya. Huhu

Semuanya balik kepada sikap masing2. Nak menipu tu, letakla peraturan apa2 pun. Mesti dia akan cari jalan untuk menipu. Semoga kita semua dijauhkan. Aminn

Inilah karangan SPM saya bertajuk 'jika saya menjadi salah seorang jemaah Umrah'. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.