5 Filem Hollywood Yang Rugi Besar Pada Tahun 2020

GAYA HIDUP
January 20, 2021 - 03:20 AM


Rasa dah lama sangat kan kita tak tengok wayang? Rindu betul suasana beli tiket dan popcorn. Sambil tunggu movie start, layan dulu trailer-trailer filem yang akan ditayangkan tak lama lagi. Ya, tanpa disedari pandemik COVID-19 ni dah memberi impak yang sangat besar kepada industri filem terutamanya filem Hollywood. Korang tahu tak banyak filem yang 'flop' dan gagal meraih kutipan besar tahun lepas? 

 

5) Underwater

Filem yang dibintangi oleh pelakon utama Twilight, Kristen Stewart. Filem ini merupakan science fiction action horror yang mengisahkan tentang krew penyelidik untuk syarikan deep sea drilling yang berusaha menyelamatkan diri setelah gempa bumi misteri menghancurkan fasiliti mereka di dasar Marina Trench. 

Bajet Filem: USD 80 Juta

Kutipan: USD 40 Juta 

Kerugian: USD 40 Juta

 

4) Onward

Filem animasi dari Pixar yang dinanti-nantikan oleh orang ramai. Sayangnya filem ini ditayangkan pada 6 Mac 2020, di mana pandemik COVID-19 menjadi semakin teruk. Pelakon utama mereka Tom Holland (Spider-Man) dan Chris Pratt (Star Lord) juga tidak dapat menyelamatkan filem ini.

Bajet Filem: USD 200 juta

Kutipan: USD 141 juta

Kerugian: USD 59 juta

 

3) The Rythm Section

Filem yang dibintangi oleh isteri Ryan Reynolds (Deadpool), Blake Lively dan Jude Law. Filem ini mengisahkan tentang Stephanie dalam usaha beliau mencari kebenaran tentang kematian keluarganya dalam nahas pesawat yang disamun pengganas. 

Bajet Filem: USD 50 juta

Kutipan: USD 6 juta

Kerugian: USD 44 juta

 

2) The Call Of The Wild

Adaptasi dari novel tajuk yang sama, filem ini mengisahkan tentang watak John Thornton yang dibawa oleh Harrison Ford bersama anjing yang bernama Buck. Filem ini merupakan filem adventure di mana John dan Buck travel ke kawasan penuh salji di Yukon, Canada. 

Bajet Filem: USD 150 juta

Kutipan: USD 110 juta

Kerugian: USD 40 juta

 

1) Mulan 

Filem yang penuh dengan kontroversi kerana telah mengubah banyak elemen yang ada dalam filem animasi terdahulu. Malah kritik juga tidak gembira dengan perubahan tersebut kerana filem ini membuang nilai-nilai murni yang ada dari cerita Mulan yang sebenar. 

Bajet Filem: USD 200 juta

Kutipan: USD 70 juta

Kerugian: USD 130 juta