Top 5 Cerita Yang Korang Boleh Tonton Di Pawagam Sekarang Ni!

GAYA HIDUP
March 08, 2021 - 10:29 AM


Untuk korang yang tak tahu, sekarang ni panggung wayang dah dibuka semula sejak Jumaat yang lepas. Kedua-dua Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas sudah mula menayangkan beberapa filem pada hujung minggu ini. Jadi sudah tentu la korang yang dah lama tak tengok wayang tu excited kan? Ini adalah senarai beberapa filem yang korang boleh tonton di pawagam yang terpilih.

 

5) Stand By Me Doraemon 2

Merupakan sekuel kepada filem Doraemon yang lepas, Nobita kini sudah berjaya mengubah masa depannya dan bakal mengahwini Shizuka ketika dewasa. Namun begitu, Nobita kembali ke masa silam untuk berjumpa dengan neneknya. Dan nenek Nobita teringin berjumpa dengan bakal isteri cucu kesayangannya. Bermulalah pengembaraan kedua antara Nobita pada masa sekarang dan masa akan datang. Sediakan tisu ya. 

Genre: Animasi

Bahasa: Jepun

Tarikh Keluar: 5 Mac 2021

 

4) Wonder Woman 1984

Sekuel kepada filem Wonder Woman, Diana Prince a.k.a Wonder Woman berdepan dengan Soviet Union ketika Perang Dingin 1980. Beliau juga terpaksa melawan Cheetah, seorang manusia yang mempunyai kekuatan luar biasa sepertinya. 

Genre: Aksi / Superhero

Bahasa: English

Tarikh Keluar: 17 Disember 2020 

 

3) Don't Look Back

Caitlin Kramer bersama beberapa rakannya melihat seorang lelaki dipukul sehingga mati namun mereka hanya mendiamkan diri. Selepas kejadian tersebut, mereka yang menyaksikan pembunuhan itu mula mati satu demi satu. Sebelum dirinya menjadi mangsa, Caitlin perlu mencari punca sebenar sama ada ini adalah perbuatan pembunuh tersebut atau sesuatu yang jauh lebih supernatural. 

Genre: Horror / Thriller

Bahasa: English

Tarik Keluar: 5 Mac 2021

 

2) Demon Slayer The Movie: Mugen Train

Merupakan sekuel kepada anime hit Demon Slayer pada tahun 2019, filem ini mengikuti pengembaraan Tanjiro bersama rakannya dalam menyiasat misteri kehilangan 40 penumpang kereta api Mugen. Tanpa pengetahuan mereka, ini semua merupakan sebuah perangkap oleh Enmu, salah seorang dari 12 Kizuki. 

Genre: Anime

Bahasa: Jepun

Tarikh Keluar: 5 Mac 2021

 

1) Disney's Raya And The Last Dragon

Terdapat 5 puak yang tinggal di Tanah Naga (The Land of Dragon), namun begitu pada masa kini hanya terdapat satu sahaja naga yang masih hidup di tanah tersebut yang bernama Susi. Apabila pihak jahat mula menyerang tempat tinggal mereka, Raya mula keluar mengembara untuk mencari Susi bagi menyelamatkan tempat tinggal mereka.

Genre: Animasi

Bahasa: English

Tarikh Keluar: 5 Mac 2021

Destination: