Berikut Senarai Filem Best Tahun 2020, Jika Pawagam Dibuka Semula Julai Ini

GAYA HIDUP
May 08, 2020 - 08:51 AM


Bermula Julai ini, pawagam di Malaysia dijangka bakal dibuka untuk kunjungan orang ramai selepas penutupannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu.

Memetik laporan The Star, 3 filem antarabangsa yang paling ditunggu-tunggu seperti The Purge 5, Tenet dan Mulan sudah mendapat tarikh tayangannya iaitu pada Julai ini. 


 
Menerusi laman sosial Facebook salah satu pawagam terkenal Golden Screen Cinemas (GSC), pihak mereka sudah mula mengeluarkan bayangan bahawa pawagam akan dibuka semula pada Julai dengan mempromosikan filem terbaru arahan Christopher Nolan berjudul Tenet


 
Hasil tinjauan di laman media sosial mendapati kebanyakkan orang ramai sudah tidak sabar mahu menjejakkan kaki ke pawagam. 

Malah, mereka bersedia dengan gaya hidup atau normal baru dan meminta pihak pawagam untuk mengikuti langkah-langkah pencegahan COVID-19 seperti mengamalkan penjarakan sosial antara penonton di dalam pawagam serta disinfeksi menyeluruh. 


 
Jom kita tengok apakah filem antarabangsa yang dijangka keluar bermula pertengahan tahun ini hingga hujung tahun 2020 :-

  1. Tenet -  16 Julai 
  2. Mulan -  23 Julai
  3. Wonder Woman 1984 - 13 Ogos
  4. A Quiet Place 2 - 3 September
  5. The Conjuring: The Devil Made Me Do It - 10 September
  6. The King’s Man - 17 September 
  7. Death On The Nile -  8 October
  8. G.I. Joe Snake Eyes - 22 Oktober
  9. Black Widow - 5 November
  10. Godzilla Vs Kong - 19 November
  11. Soul - 19 November 
  12. No Time To Die - 26 November
  13. Free Guy - 10 Disember
  14. Dune - 17 Disember
  15. Top Gun Maverick - 24 Disember
Destination: