5 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Pakai Braces!
GAYA HIDUPBagi mereka yang tak pernah pakai braces mungkin nampak ianya kool, namun bila sendiri dah mula pakai braces barulah korang akan kenal erti penyiksaan sebenar pakai benda alah ni. Jadi bagi korang yang berniat nak pakai braces boleh baca 5 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Pakai Braces!
Pelbagai Jenis Braces
Terdapat beberapa jenis braces di pasaran yang boleh didapati. Antaranya Conventional Bracket (Metal and Ceramic), Clear Ceramic Braces, Self Ligating Bracket (Metal and Ceramic), Lingual Braces dan Clear Path Braces. Pilihan bergantung kepada bajet dan kesesuaian kes yang anda alami.
Conventional Bracket (Metal and Ceramic) selalunya menjadi pilihan remaja terutama sekali golongan wanita kerana ia lebih murah dan mempunyai elastic berwarna yang mampu menarik perhatian orang yang melihatnya.
Kena X-Ray
Dulu Sebelum pasang braces, anda perlu berjumpa dengan Pakar Ortodontik dan sinaran X perlu dibuat terlebih dahulu untuk menentukan jenis rawatan yang diperlukan. Contohnya, tampalan ataupun cabutan. Tapi, kalau pakar mengesan anda mengalami masalah serius, kemungkinan besar akan ada beberapa batang gigi rosak yang akan dicabut
Sakit Atau Tidak?
Selepas pemasangan braces, anda akan berasa kurang selesa. Anda mungkin memerlukan ubat tahan sakit disebabkan rasa tidak selesa itu. Selepas seminggu, barulah rasanya berkurangan. Selepas tamat tempoh, braces boleh ditanggalkan tapi anda digalakkan untuk memakai retainer 24 jam sehari untuk tempoh enam bulan pertama bagi memastikan gigi betul-betul kukuh di kedudukan baru
Pemeriksaan Setiap Bulan
Jangan ingat selepas pasang benda ini dah kira siap hanya tunggu hasil. Korang silap, korang kena berulang alik ke klinik sebulan sekali untuk proses check out. Nak pastikan gigi korang tu ada perkembangan. Dan setiap kali ke klinik korang akan dikenakan charge lagi.
Had Umur
Tiada had umur ditetapkan dan apa yang paling penting adalah gigi dan gusi anda berada dalam keadaan sihat. Tidak salah sebenarnya anda nak mencuba untuk memakai braces, tapi seboleh-bolehnya biarlah anda pakai yang berkualiti dan terjamin keselamatanya.
Penjagaan Harian
Apibila dahpakai braces ni, penjagaan harian amat leceh, paling memberi azab bila korang sejebis kuat makan. Tiap kali selepas makan korang kena flash balik semua sisa yang melekat di celah gigi. Kalau tak memang tak selesa ya amat.
Retainer
Dah buka braces korang kena pakai pula retainer untuk pastikan gigi korang tu benar-benar kukuh. Kalau tak pakai nanti gigi korang akan kembali dalam bentuk asal. Pakai benda ni pulak lebih kurang satu tahun okay.