5 Sebab Fitbit x Adidas Ini Bakal Menjadi Smartwatch Pilihan Ramai

GAYA HIDUP
March 02, 2018 - 12:31 PM

Lambakan smartwatch dalam pasaran masa kini membuatkan pengeluar terpaksa hadir dengan idea serta design yang lebih stylish selain melengkapkan produk masing-masing dengan pelbagai fungsi yang boleh menandingi pencabar mereka.

Terbaru, Fitbit telah mengumumkan model khas Ionic dengan kerjasama jenama sukan nombor satu dunia iaitu Adidas.

Fitbit Ionic versi Adidas ini adalah sebuah jam pintar yang difokuskan untuk digunakan semasa larian. Selain mempunyai tali ‘breathable’ dan pemuka jam yang diinspirasikan oleh bib larian, jam ini juga dilengkapi dengan aplikasi Adidas Train.

Walaupun kebanyakan fungsi yang dinyatakan terdapat pada model original Ionic, ini kami kongsi 5 sebab kenapa smartwatch ini akan menjadi satu fenomena setelah ia dilancarkan nanti.

 

#1. Dilengkapi Adidas Coaching Experience

Untuk fungsi ini, terdapat enam jenis workout yang telah diprogramkan untuk menjadikan serta meningkatkan prestasi larian seseorang.

 

#2. Step By Step Coaching

Selain ada aplikasi adidas coach, pengguna akan menerima sesi latihan secara step-by-step dan terperinci pada skrin jam berkenaan. Ia termasuklah cara yang betul untuk sesi warming up dan juga cooling down.

#3. Bateri Tahan Lama

Kebiasaannya, ketahanan bateri selalunya menjadi ‘selling point’ sesuatu produk. Untuk Ionic x Adidas ini, baterinya mampu bertahan untuk 5 hari dan 10 jam untuk bateri GPS. Selain itu, pengecasan bateri untuk jam ini hanya mengambil masa satu hingga dua jam.

 

#4. Memori

Untuk penyimpanan lagu, ia boleh memuatkan sebanyak 300 buah lagu termasuk stesyen yang boleh dimuat turun di Pandora.

Selain lagu, ia juga mampu menyimpan rekod pergerakan setiap minit secara terperinci serta simpanan pergerakan harian selama sebulan.

 

 

#5. Sebab Dia Adidas

Hehehe… Sebenarnya banyak lagi fungsi yang ada pada Ionic x Adidas ni, dan pada kami ianya special sebab ada Adidas. Jadi anda lepasni boleh run in style lah…

 

Untuk yang berminat nak dapatkan Fitbit Ionic : Adidas Edition ni, dah boleh buat pre-order di laman web fitbit. Harga jualan adalah $329.95 (RM1292).

 

 

 

Artikel berkaitan