5 Tanaman Dalam Rumah Yang Cantik Dan Mampu Menghapuskan Bau Busuk

GAYA HIDUP
May 03, 2021 - 05:55 PM


Selain mencatikkan rumah, tanaman dalam rumah juga boleh berfungsi untuk menyerap bau selain menjauhkan serangga seperti semut dan lipas, sekaligus memberikan korang ruangan dalam rumah yang lebih cantik, bersih, dan selesa. 

Berikut adalah 5 jenis tanaman dalam rumah yang boleh mencantikkan rumah, serta menghapuskan bau busuk:

1. Lidah Buaya

Lidah buaya ataupun juga dikenali sebagai aloe vera mempunyai kelebihan boleh tumbuh dengan subur walaupun di tempat kering, dan mampu menyegarkan ruangan di dalam rumah, selain baik untuk kulit jika digunakan di atas kulit, dan juga boleh dijadikan jus.

2. Spider Plant

Spider Plant, ataupun Lili Paris ini mampu hidup tanpa sinaran matahari yang banyak, dan mampu tumbuh dengan segar dalam ruangan yang lembap. Selain cantik untuk diletakkan di dalam rumah, ianya mampu menyerap bau, dan menghalau serangga. 

3. Pokok Duit (Pothos)

Pokok Duit ini juga mampu tumbuh tanpa cahaya matahari, dan antara kelebihan tumbuhan ini adalah ianya mampu meningkatkan kelembapan dalam udara, dan cukup efektif menyerap pencemaran yang berlaku di dalam ruangan rumah.

4. Pokok Ong

Pokok Ong ini dipercayai boleh membawa 'ong' dalam masyarakat cina tau! Selain itu, Pokok Ong mampu membersihkan udara selain ianya dapat hidup dengan subur walaupun di dalam keadaan udara yang kering. 

5. Snake Plant (Lidah Jin) 

Tanaman Lidah Jin ini mampu hidup sehingga berminggu-minggu tanpa memerlukan cahaya matahari dengan terlalu kerap, jadi sangat mudah untuk dijaga, dan ianya dapat membersihkan bahan kimia beracun daripada ruang udara. 

Jadi, lepas ini korang dah boleh start tambah tumbuh tumbuhan di dalam rumah korang untuk cantikkan lagi rumah korang, serta membantu menyegarkan lagi udara. 

Sumber: Buzzkini

Artikel berkaitan