8 Tips Deko Hari Raya Yang Mesra Bajet & 'Last Minute'!

GAYA HIDUP
April 10, 2023 - 12:30 PM


Menjelang musim perayaan yang bakal tiba, selain mencari baju raya baharu untuk diri sendiri pastinya golongan ibu bapa juga ingin memperbaharui dekorasi dalaman tempat kediaman agar semuanya tampak baru, kemas, bersih dan ceria bagi menyambut kedatangan tetamu di Hari Lebaran nanti.

Daripada perabot, langsir, karpet dan cat rumah juga semua nak tukar baru agar mood dan suasana sambutan Hari Raya diraikan dengan lebih meriah pada tahun 2023 ini memandangkan tiada lagi sekatan aktiviti kunjung-mengunjungi seperti ketika kita di zaman penularan wabak Covid-19 yang lalu.

Bagi anda yang inginkan tips dan idea deko Raya yang fresh, tetapi tidak sampai menipiskan poket sehingga habis bulan Syawal nanti -- ini 8 cara yang menarik untuk menghiasi kediaman anda dengan bajet yang ciput!

1. 'TERANGI' RUMAH DENGAN LAMPU PELITA RAYA

Hiasan lampu pelita ni memang common kalau masa raya, tapi ianya tradisi yang memang dah serasi dengan jiwa kita suma. Kalau tak ada lampu pelita tu macam murung je rasa Hari Raya, nak-nak bila malam dah menjelma, kan. 

Lampu pelita yang tradisional memang best tapi kena guna minyak tanah dan agak costly kan. Tetapi sebagai alternatif, kita boleh juga menggunakan mentol dan kuasa bateri rechargeable dengan solar je. Kalau budak-budak nak main bunga api kat luar rumah, boleh standby beli satu unit je pelita hidup dan nyalakan api.

2. TUKAR HIASAN DINDING YANG LEBIH ESTETIK

Ruang yang diletakkan karya kaligrafi (ukiran seni) dan juga meja tepi (side table) bukan je nampak sangat cantik menghiasi dinding, tetapi akan buat tetamu rasa tenang dan aman.

Namun kebanyakan frame karya seni Islamik seperti ayat suci atau kalimah tauhid yang terdapat di pasaran kebiasaannya berharga jauh dari harga marhaen.

Jadi untuk deko bajet, anda boleh je print gambar-gambar ucapan ‘Selamat Hari Raya’ pastu letakkan dalam frame dan gantung sahaja di dinding.

Dengan keupayaan memantulkan cahaya, cermin hiasan dapat membantu mencipta ilusi optik yang membuatkan ruang tamu kita terasa seolah-olah luas dan lapang.

Selain dapat memberikan nafas baru kepada hiasan dalaman rumah sempena raya, hiasan dinding berbentuk cermin juga mampu mengubah mood rumah kita kepada suatu suasana yang lebih lapang dan fresh.

3. CERIAKAN RUMAH DENGAN HIASAN GANTUNG   

Kalau tak ada hiasan gantung-gantung, bukan lah raya namanye kan? Kali ni kita kasi up sikit deko gantung kita. Asyik gantung sampul raya, kad raya ngan lampu kelip-kelip raya je. Jom try buat sendiri hiasan Hari Raya guna kertas warna dan gambar-gambar raya yang menarik. Mesti anak-anak dan ahli keluarga yang lain teruja kalau sama-sama dapat sediakan kraf gantung untuk raya nanti. Merapatkan sillaturahim kata orang!

Lantern gantung dalam rumah pun cantik kalau kena gaya deko nya. Lantern ni dah ada macam-macam warna sekarang dan memang dah ramai yang guna untuk hias pejabat, bilik dan selagi jenis ruang.

Kalau untuk raya nanti, cari lah warna hijau dan kuning untuk gantung (memang warna ni je yang serasi dengan raya eh). Lepas tu atas lantern tu tulis la ‘Selamat Hari Raya’; kalau tak confident nak tulis, boleh je tampal dengan pelekat Hari Raya yang cantik-cantik.

4. TUKAR JENIS TEKSTIL BERBEZA UNTUK RAYA 

Segarkan semula rupa kediaman anda dengan beberapa kusyen tambahan, langsir atau ambal.

Menghias Hari Raya dengan tekstil adalah ringkas, mesra dompet dan penampilan keseluruhan rumah anda boleh dipertingkatkan dengan cara yang menarik.

Lapiskan tekstil, bermain dengan tekstur dan warna yang berbeza, dan serlahkan gaya Hari Raya untuk tatapan tetamu yang datang nanti.

5. SALIN LINEN LAMA KEPADA BARU 

Pertama sekali, linen ruang tamu seperti sarung kusyen dan pelapik meja yang dah biasa hari-hari kita tengok tu, kita kena salin! Serius wey. Dengan berubahnya wajah cushion cover kat ruang tamu yang bosan tu automatik berubah suasana dan memberikan mood berbeza. Feeling ruang tamu baru akan tercipta dengan sendirinya. Barulah semangat nak raya!

Kalau tak tukar langsir sekalipun, mata you all tetap akan nampak macam ruang tamu you all tu 'lain' dan memberikan sebuah 'vibes' baru.

6. GANTI KARPET BERCORAK KEPADA JENIS MODEN 

Menghias dengan hamparan rug dan karpet ialah cara mudah untuk menjadikan rumah lebih bersifat peribadi dan selesa. Rug boleh menjadi border atau pemisah ruang antara ruang tempat duduk, ruang menonton movie, tempat permainan elektronik, ruang makan, dan ruang tidur.

Kalau sebelum ni karpet yang digunakan banyak corak kerawang dan bunga-bunga -- cuba ubah selera dengan memilih karpet dengan rekaan kosong dan polos.

Tapi warna tu kena lah compliment dengan langsir dan sofa. Jangan nak colour block sangat sampai nampak caca marba ruang tamu korang tu tau.

7. JAMU HIDANGAN RAYA ANDA DENGAN PENUH GAYA 

Selepas semua kerja keras untuk menghias rumah anda, kini tiba masanya untuk menyediakan dan mempamerkan kemahiran memasak terbaik anda kepada keluarga dan tetamu!

Anda boleh menjangkakan untuk menemui banyak makanan tradisional Melayu seperti ketupat, rendang, lontong, kuih raya dan banyak lagi untuk dijamu. Dan pada masa-masa seperti ini, meja makan menjadi tumpuan utama para tetamu.

Untuk membeli new set of dining table, kosnya agak berat nak ditanggung, ye tak? Jadi untuk segera mengubah ruang makan menjadi tampak baru, anda boleh mengenakan waterproof sticker ke atas meja makan anda dan sekelip mata ruang makan nampak baru dan menawan!

8. BERI NAFAS BARU PADA 'FEATURED WALL' RUMAH 

Sekian lama dinding rumah kita dengan warna yang sama, tapi kalau nak cat semula satu rumah, konfem lah kos tinggi!

Tetapi jika anda tidak mahu mengubah keseluruhan dekorasi rumah atau mungkin kekurangan bajet untuk melakukan itu, anda boleh saja menghiasi salah satu ruangan utama yang ingin anda transform menjadi port OOTD Raya atau wujudkan sahaja ‘feature wall’ khas buat korang merakam memori Raya bersama keluarga, saudara-mara dan sahabat handai yang datang beraya nanti!

Selain berfungsi sebagai pelengkap gaya, featured wall juga sebenarnya bertindak sebagai penceria mood Raya anda tau.

Anda tahu tak bahawa SANCora, syarikat pengeluar cat popular mempunyai rangkaian produk yang mampu merealisasikan impian anda untuk memiliki port OOTD Hari Raya yang cantik untuk diupload di media sosial. Jom kita usha senarai rangkaian produk SANCora yang memang sangat style ini.

A) PREMIUM SERIES

Pelbagai jenis cat dalam kategori Premium ini boleh anda gunakan sebagai pelengkap gaya dinding sama ada untuk luaran, dalaman, kayu dan logam.

Selain dilengkapi dengan pelbagai warna baharu yang trendy, cat-cat di bawah siri Premium ini juga memliki banyak ciri menarik yang melindungi serta menjadikan dinding rumah anda kelihatan lebih mewah.

Antara ciri yang diaplikasikan dalam cat SANCora adalah cat tanpa bau kimia, mudah untuk dibersihkan jika berlaku kekotoran, anti-kulat dan mempunyai ketahanan warna sehingga 6 tahun lamanya. Best, kan!

B) ITALIA ELEGANCE SERIES

Kalau anda impikan dekorasi dan gaya elegan untuk featured wall anda, SANCora juga ada menawarkan beberapa pilihan warna cat yang berada di dalam kategori Italia Elegance Series.

Menariknya kesemua cat ini dilengkapi dengan finishing warna elegan dan tampak mewah serta mempunyai kelebihan ciri-ciri seperti tahan haba, pemantul sinar UV berganda, mesra alam, tidak mudah kotor dan senang dibersihkan.

C) PRIMER & SEALER

Selain itu, SANCora turut menawarkan siri cat yang berfungsi sebagai primer dan sealer bagi menambah memberi kemasan yang lebih cantik terhadap permukaan dinding OOTD Raya anda.

Best betul cat SANCora ini kan…sangat memahami keperluan anda untuk memiliki port OOTD cantik lagi bergaya trendy di bulan Syawal nanti! Jadi kalau korang inginkan lebih banyak maklumat tentang warna dan pemilihan cat yang bagus, korang boleh layari laman sosial dan website SANCora seperti link di bawah :-

SANCora Facebook: https://www.facebook.com/SancoraPaint/

SANCora Instagram: https://www.instagram.com/sancorapaint/

Website: https://www.sancora.com

Destination: