Susah Cari Port OOTD Kat Luar? Ini 6 Tips Mudah Ubah Rumah Jadi Port Bergambar!

GAYA HIDUP
September 12, 2022 - 05:55 PM


Rumah adalah tempat paling penting untuk kita berteduh, jadi bermula di sinilah sebuah binaan yang sempurna untuk didiami. Selain keselesaan, hiasan dan dekorasi sesebuah rumah juga amat penting bagi mewujudkan suasana dan mood yang kita perlukan.

Sejak pandemik melanda makin ramai menjadikan rumah sebagai mini studio dan mengubah ruangan di rumah untuk dijadikan sebagai tempat kerja. 

Memang tidak dinafikan bekerja dari rumah mempunyai cabarannya yang tersendiri. Tetapi dengan cara yang betul, ianya boleh meningkatkan kualiti dan menjimatkan banyak masa anda. 

Berikut kami kongsikan beberapa tip untuk jadikan rumah korang port bergambar atau lokasi mengambil video yang cantik persis ketika korang travel di dalam atau luar negara.

Pemilihan Warna 

Tak perlu nak ubahsuai keseluruhan rumah sebab ianya memerlukan bajet yang banyak, jadi apa yang korang boleh buat adalah memilih padanan rona yang bertetapan dengan kediaman korang.

1. Putih

Putih merupakan warna yang selamat, bersih dan sangat cantik di depan lensa. Tapi, bila anda memilih rona cat berwarna putih, elak membeli perabot seperti sofa dan ornamen yang berwarna cerah terutamanya putih. Ia akan menjadikan dekorasi kediaman anda kelihatan bosan. 

2. Pilih Rona Yang Tidak Suram

Kenalpasti potensi pencahayaan di kediaman anda. Jika pencahayaan kurang terutamanya di waktu malam, elak pilih warna-warna yang akan memberi impak lagi gelap terhadap kediaman anda. Jika anda masih berniat untuk menggunakan warna-warna yang memberi impak suram, pastikan anda menyediakan lampu yang cukup untuk tujuan pencahayaan tambahan.

3. Color Blocking

Jika anda memilih rona cat, perabot dan aksesori kediaman anda dengan tema color blocking -- anda memang seorang yang sangat berani. Namun, tidak semua color blocking itu cantik dan boleh memberi impak yang anda inginkan. Sebaiknya, lakukan beberapa kajian seperti dengan meminta sample atau katalog cat untuk memudahkan anda membuat padanan.

4. Tiga Warna Maksimum

Penggunaan warna yang pelbagai dalam satu ruang akan menyebabkan kediaman tersebut sangat serabut. Sebaiknya, hadkan penggunaan 3 warna maksimum. Pilih salah satu dari warna yang telah dipilih tadi sebagai dominasi keseluruhan dekorasi kediaman anda untuk ia kelihatan seimbang. Namun, hitam dan putih bukan dikira sebagai rona atau warna tau!

5. Warna Terang

Pemilihan rona yang mendominasi kediaman juga mempengaruhi emosi seseorang. Seperti warna terang, ia akan menjadikan seseorang sangat agresif seperti merah, oren dan kuning. Sebab itu KFC dan McDonald memilih rona kuning dan merah sebagai warna tema mereka. Ia bertujuan untuk membangkitkan emosi untuk orang jadi cepat lapar. Manakala bagi warna yang cerah dan tenang, ia membantu mewujudkan suasana yang tenang dan damai seperti hijau dan biru.

6. Tema Travel 

Bagi korang yang suka travel tu apa kata jadikan rumah korang port OOTD yang paling cool. Tema ini sangat jarang orang buat tetapi ianya memang cukup menarik dan sesuai dijadikan port OOTD di rumah.

3 Rangkaian Produk Pilihan SANCora 2022

Menarik, kan kesemua tips untuk korang ubah rumah menjadi port OOTD ala-ala korang travel ke tempat-tempat yang cantik.

Tetapi jika korang tidak mahu mengubah keseluruhan dekorasi rumah atau mungkin kekurangan bajet untuk melakukan itu, korang boleh saja menghiasi salah satu ruangan utama yang ingin korang transform menjadi port OOTD atau wujudkan sahaja ‘feature wall’ khas buat korang melaram!

Selain berfungsi sebagai pelengkap gaya, featured wall juga sebenarnya bertindak sebagai penceria mood korang seperti mana gembiranya korang ketika berjalan-jalan travel ke seantero dunia.

Korang tahu tak bahawa SANCora, syarikat pengeluar cat popular mempunyai rangkaian produk yang mampu merealisasikan impian korang untuk memiliki port OOTD cantik seperti lokasi pelancongan yang terkenal di dalam dan luar negara.

Jom kita usha senarai rangkaian produk SANCora yang memang sangat style ini.

1. PREMIUM SERIES

Pelbagai jenis cat dalam kategori Premium ini boleh korang gunakan sebagai pelengkap gaya dinding sama ada untuk luaran, dalaman, kayu dan logam.

Selain dilengkapi dengan pelbagai warna baharu yang trendy, cat-cat di bawah siri Premium ini juga memliki banyak ciri menarik yang melindungi serta menjadikan dinding rumah korang kelihatan lebih mewah.

Antara ciri yang diaplikasikan dalam cat SANCora adalah cat tanpa bau kimia, mudah untuk dibersihkan jika berlaku kekotoran, anti-kulat dan mempunyai ketahanan warna sehingga 6 tahun lamanya. Best, kan!

2. ITALIA ELEGANCE SERIES

Kalau korang impikan dekorasi dan gaya elegan untuk featured wall korang, SANCora juga ada menawarkan beberapa pilihan warna cat yang berada di dalam kategori Italia Elegance Series.

Menariknya kesemua cat ini dilengkapi dengan finishing warna elegan dan tampak mewah serta mempunyai kelebihan ciri-ciri seperti tahan haba, pemantul sinar UV berganda, mesra alam, tidak mudah kotor dan senang dibersihkan.

Cat dalam siri Italia Elegance ini juga boleh didapati untuk kegunaan luaran, dalaman serta kayu dan logam.

3. PRIMER & SEALER

Selain itu, SANCora turut menawarkan siri cat yang berfungsi sebagai primer dan sealer bagi menambah memberi kemasan yang lebih cantik terhadap permukaan dinding OOTD korang.

Primer disapu pada permukaan dinding baru yang belum bercat dan primer keluaran SANCora pastinya mengandungi bahan penghalang kulat dan fungus dari merebak atau mengelak keluar tompok putih pada dinding.

Sementara sealer pula digunakan sebagai pengganti primer bagi memberi lapisan perlindungan dan perisai di antara dinding asal dengan lapisan cat.

Sealer keluaran SANCora boleh memberi perlindungan supaya kemasan cat akhir jadi tahan lebih lama.

Best betul cat SANCora ini kan…sangat memahami keperluan korang untuk memiliki port OOTD cantik lagi bergaya trendy! Jadi kalau korang inginkan lebih banyak maklumat tentang warna dan pemilihan cat yang bagus, korang boleh layari laman sosial dan website SANCora seperti link di bawah :-

SANCora Facebook: https://www.facebook.com/SancoraPaint/

SANCora Instagram: https://www.instagram.com/sancorapaint/

Website: https://www.sancora.com

Destination: