Tingkatkan Kualiti Mobile Photography Korang Dengan Kamera Phone realme 7 Pro

GAYA HIDUP
September 22, 2020 - 10:18 AM


Kamera yang canggih di telefon pintar sudah menjadi satu kewajiban bagi seseorang pengguna dalam memilih telefon baharu. Dalam dunia serba moden ketika ini, kamera di telefon pintar sudah pun mula menggantikan kamera DSLR bagi kebanyakan pengguna mainstream. Dan gambar yang diambil melalui telefon-telefon tersebut sebenarnya sangat mengagumkan dan kebanyakan pengguna tidak dapat membezakan kualiti gambar dari kamera sebenar atau telefon pintar.

 

Malah beberapa tahun yang lepas ada satu trend yang diberi nama mobile photography di Malaysia. Group tersebut berjaya menunjukkan betapa cantiknya gambar yang diambil dari telefon pintar mereka. Jadi kepada photographer atau anda yang minat mengambil gambar di luar sana, tak perlu fikir panjang lagi nak beli telefon apa. Syarikat realme sedang berkembang pesat di pasaran global memperkenalkan peranti terbarunya iaitu realme 7 Pro!

realme 7 Pro – Peranti Terbaru Dengan Teknologi Canggih

realme 7 Pro didatangi dengan Qualcomm Snapdragon 720G Mobile Platform, 65W SuperDart Charge, Super AMOLED Screen, dan kamera 64MP Quad Camera bersama sensor Sony IMX682. Nampaknya telefon pintar terbaru dari realme ini bakal memberi saingan sengit buat telefon pintar di luar sana. Dengan kata lain, peranti ini sangat sesuai untuk kebanyakan pengguna telefon pintar daripada gamers kepada photographer. Jom kita lihat apa fungsi dan kelebihan utama peranti ni.

65W SuperDart Charge – 34 Minit Je Bateri Full!

Ya, tajuk tu tak salah, memang dalam masa 34 minit anda boleh charge peranti anda daripada 0% kepada 100%. realme 7 Pro dilengkapi dengan kapasiti bateri yang agak besar iaitu 4500 mAh. Dan teknologi ini memang power! Bayangkan 12 minit je charge dah 50% tau. Dan kalau anda gamers dan gemar bermain game sambil charge phone, realme 7 Pro hanya mengambil masa 3 minit untuk charge sehingga 13%. Dengan kata lain, anda boleh:

  • Main PUBG 3 round (1 jam setengah)
  • Scroll Instagram selama 2 jam
  • Tengok Youtube selama 2 jam setengah
  • Dan 4 hari on standby

Sampai macam tu sekali tahap kapasiti bateri peranti realme 7 Pro ni. Tapi charge laju-laju ni selamat ke untuk ketahanan bateri telefon ni? Jangan risau, sepanjang proses pengecasan dikawal ketat dan disejukkan bagi mengelakkan kes overheating. Memang awesome!

Antara Kamera Smartphone Terbaik Di Dunia

Seperti biasa setiap telefon pintar dilengkapi dengan dua kamera, kamera depan dan kamera belakang. Kamera depan realme 7 Pro mempunyai 32MP, iaitu resolusi kamera depan paling tinggi yang ada dalam lineup produk mereka. Disertai dengan Artificial Intelligence (AI), kamera selfie ini pasti memberikan gambar terbaik walaupun dalam situasi gelap. Berikut merupakan gambar selfie yang diambil dari peranti ini.

Dan tarikan utama bagi peranti ini adalah kamera belakang yang memberikan 64MP. realme 7 Pro didatangi dengan quad camera setup merangkumi kamera utama 64MP, ultra wide-angle kamera, macro lens, dan black & white portrait lens.

Main Camera: Sony IMX682 Sensor

Sensor Sony IMX682 mempunyai keupayaan mengesan cahaya yang sangat menakjubkan. Gambar yang diambil pada waktu malam atau dalam keadaan gelap akan nampak lebih cerah dan nyata daripada kamera lain.

119˚ Ultra Wide-Angle Lens

Sangat sesuai digunakan untuk mengambil gambar landskap atau gambar berkumpulan. Anda hanya perlu menekan satu butang sahaja untuk tukar kepada lens ini. Lens ini mempunyai aperture f/2.3 dan 8MP, gambar memang akan nampak cantik dan jelas.

Macro Lens

Bagi anda yang suka mengambil gambar makanan, daun-daun, dan pokok, lens ini memang power. Dengan jarak sebanyak 4cm, gambar-gambar anda pasti kelihatan lebih detail.

Black & White Portrait Lens

Menggunakan sistem filter terbaru, kini gambar anda akan dihasilkan dengan lebih cahaya, contrast, dan tekstur yang cantik.

4 Mode Berbeza Untuk Situasi Berlainan

Peranti realme 7 Pro memberikan 4 mode pilihan kepada penggunanya. Setiap mode mempunyai fungsi tersendiri bergantung kepada keadaan sekeliling dan gambar yang anda ingin ambil.

Ultra-Clear 64MP Mode

Ini adalah mode utama bagi kamera realme 7 Pro. Algorithm terbaru untuk 64MP ni dibina berdasarkan lens terbaru dari Sony IMX682. Pengguna boleh tukar daripada AI mode dan Pro Mode. Pro mode ni sesuai untuk photographer yang dah biasa guna kamera DSLR kerana anda boleh adjust settings seperti ISO, shutter speed, aperture, dan banyak lagi secara manual.

 Pro Nightscape Mode

Sama seperti pro mode sebelum ini, Cuma kegunaan kali ini adalah untuk tangkap gambar pada waktu malam atau dalam keadaan gelap. Boleh adjust ISO, white balance, shutter speed, dan sebagainya.

Night Filters

Okay, kepada anda yang suka gunakan filter untuk meningkatkan unsur seni dan kecantikan gambar, realme 7 Pro ada built in night filters. Kegunaannya hanyalah untuk gambar pada waktu malam dan low light. Ada 3 filter iaitu Cyberpunk, Flamingo, dan Modern Gold (3 gambar di atas mengikut turutan).

Starry Mode

Ini antara satu tarikan utama buat photographer di luar sana. Kebanyakan telefon pintar tak mampu untuk menangkap gambar bintang di langit pada waktu malam. Kebiasaannya hanya gambar hitam sahaja. Dengan menggunakan algorithm AI dan ultra-long exposure, sharpness gambar langit yang diambil semakin meningkat dan gambar anda akan kelhatan sangat profesional.

Bila Nak Keluar Phone Ni?

Okay, realme 7 Pro akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 24 September 2020 pada jam 12 tengahari. Save the date dan tunggu depan pc, laptop, atau phone anda untuk tengok pelancaran rasmi peranti realme 7 Pro di Facebook realme Malaysia.