Wow, Powerlah realme 7 & realme 7 Pro Ni! Jadi Smartphone Pertama Dapat Pengesahan TÜV!

GAYA HIDUP
September 18, 2020 - 02:37 PM


Dalam kehidupan dunia yang serba moden ketika ini, telefon pintar merupakan alat komunikasi terpenting yang seakan tidak boleh dipisahkan daripada manusia.

Malah, kelancaran setiap urusan pekerjaan, perniagaan mahupun peribadi semuanya juga tersimpan dan bergantung kepada gajet canggih tersebut.

Justeru tak hairanlah saban hari ada sahaja teknologi baharu yang dibangunkan oleh pemain industri dalam persaingan mereka menjadi yang paling terbaik antara yang terbaik, semuanya demi memenuhi kehendak serta keperluan pengguna yang sangat bergantung kepada telefon pintar setiap hari.

Menyedari hakikat untuk terus komited dalam membawakan trend teknologi terkini yang berkualiti kepada penggunanya, jenama telefon pintar antarabangsa di 61 pasaran iaitu realme, sangat ketat dalam menetapkan standard kebolehpercayaan sejak dari kelahiran produk pertama mereka lagi.

Malah untuk keluaran telefon pintar terbaharu mereka iaitu realme 7 dan realme 7 Pro -- pihak realme juga tidak teragak-agak untuk melalui ujian yang ketat semata-mata bagi mendapatkan pengesahan daripada penyedia perkhidmatan teknikal antarabangsa terkemuka, TÜV Rheinland dari segi kebolehpercayaan produknya.

TÜV Rheinland yang ditubuhkan sejak 1872 telah berpengalaman dalam menetapkan standard kebolehpercayaan terhadap sesebuah teknologi dari segi isu keselamatan, kelestarian alam serta ketahanan komponennya.

Menariknya, realme 7 dan realme 7 Pro -- kedua-duanya berjaya melepasi 22 ujian utama dan 38 ujian kecil yang merangkumi senario dalam penggunaan harian, kebolehpercayaan komponen dan persekitaran yang melampau.

Ia merangkumi ujian ketahanan apabila terjatuh, ujian suhu tinggi dan rendah, ujian kelembapan tinggi dan rendah, ujian turun naik voltan, ujian tempoh hayat butang telefon, ujian elektrik statik dan lain-lain.

Gempak, kan 'adik-beradik' realme 7 dan realme 7 Pro ni, keluar-keluar je terus dapat pengiktirafan dan pengesahan TÜV Rheinland!

Berikut antara kelebihan lain yang dimiliki kedua-dua smartphone ini dan memang tak rugi kalau korang beli :

DILENGKAPI TEKNOLOGI TERKINI

REALME 7

  • Dilengkapi dengan prosesor gaming MediaTek Helio G95 pertama di dunia.
  • Mempunyai sistem penyejukan karbon fiber.
  • Skrin layar 6.5 inci Full HD dengan kelebihan touch sensing 120Hz.
  • Bateri dinaiktaraf kepada 30W Dart Charge.

REALME 7 PRO

  • Hadir dengan prosesor Qualcomm Snapdragon 720G
  • Mempunyai skrin layar penuh 6.4 inci Super AMOLED
  • Mengaplikasikan 65W Dart Charge.

SPESIFIKASI KAMERA CANGGIH

REALME 7 & REALME 7 PRO

  • Persamaan yang dimiliki oleh realme 7 dan realme 7 Pro adalah kedua-duanya menggunakan kamera yang terdiri daripada 4 lensa dengan sensor utama 64 MP Quad bersama Sony IMX682.
  • Mempunyai Starry Mod.
  • realme 7 hadir dengan kamera depan 16 MP manakala realme 7 Pro disertakan kamera selfie 32 MP.

PILIHAN WARNA 

REALME 7

  • realme 7 didatangkan dalam dua varian warna iaitu Mist White dan Mist Blue.

REALME 7 PRO

  • Begitu juga realme 7 Pro tersedia dalam dua pilihan warna, Mirror White dan Mirror Blue.

Bagi korang yang berminat untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai kedua-dua telefon pintar terbaharu ini, korang nantikan majlis pelancaran rasminya di Facebook realme Malaysia pada 24 September ini pukul 12 tengah hari. So save the date!