Wow, Lebih Sejuta Orang Malaysia Melancong Ke Thailand Dalam Tempoh 10 Bulan Ini!
GAYA HIDUPThailand menerima lebih sejuta pelancong Malaysia sejak pembukaan semula sempadan antara kedua-dua negara tahun ini.
Pengarah Eksekutif Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) ASEAN, Asia Selatan dan Rantau Pasifik Selatan, Sukanya Sirikanjanakul berkata rakyat Malaysia mendahului angka ketibaan pelancong ke negara itu untuk tempoh 10 bulan pertama tahun ini.
Statistik menunjukkan ramai rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke Thailand melalui sempadan darat sama ada dengan bas, kereta api atau kenderaan persendirian.
Sementara itu, Pengarah Pejabat Penguasa Pelancongan Thailand (TAT) Kuala Lumpur, Nongyao Jirundorn berkata jumlah pelancong Malaysia ke Thailand dijangka mencecah 1.8 juta menjelang akhir tahun ini.
Malaysia merupakan antara sumber penting pelancong asing ke Thailand dengan kuasa beli yang tinggi.
Sebelum ini timbul kekecohan apabila keghairahan rakyat Malaysia memilih untuk bercuti di Thailand didakwa boleh menjejaskan industri pelancongan negara termasuk di Langkawi apabila kedatangan ke pulau peranginan itu semakin menyusut.
Sumber: BERNAMA