Wow, Bukan Sorang Tapi 87 Tenaga Pengajar Dari Korea, Taiwan & Malaysia! Jom Join 'Gatti Malaysia ZUMBA Mega Party 2022'

GAYA HIDUP
August 30, 2022 - 11:00 AM


Bersenam dua atau tiga kali seminggu mungkin sesuatu yang sukar bagi segelintir warga kota yang sibuk dengan kerjaya, apatah lagi jika diajak melakukan aktiviti senaman setiap hari.

Namun siapa sangka bahawa menari juga antara cara terbaik bagi meningkatkan kesihatan dan kesegaran tubuh.

Selain itu, tarian dengan kombinasi unik bersama teknik regim senaman dan diiringi muzik sebenarnya mampu menghilangkan tekanan, menambahkan stamina serta meningkatkan kekuatan otot badan.

Justeru tidak hairan tarian moden seperti zumba kini semakin diminati ramai tidak kira usia dan latar belakang, hingga rutin tarian itu dijadikan kaedah menyeronokkan untuk meningkatkan kesihatan.

Menyedari trend terkini masyarakat moden yang semakin suka berzumba -- Syarikat Gatti (M) Sdn Bhd iaitu pengeluar barangan sukan jenama tempatan menganjurkan "Gatti Malaysia ZUMBA Mega Party 2022" khas buat penggemar tarian-senaman itu!

Bukan sahaja ZUMBA Mega Party, malah Gatti turut mengadakan jualan penghabisan stok pakaian dan barangan sukan pada 16 dan 17 September 2022 ini di Tingkat 4, Dewan Tun Razak 4, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Jika anda berminat untuk menyertai Gatti Malaysia ZUMBA Mega Party 2022 yang akan diadakan pada 17 September 2022, anda boleh memilih antara 2 sesi iaitu:

1) Sesi 1 : 11.30 pagi - 1.30 petang

2) Sesi 2 : 6.30 petang - 8.30 malam

Menariknya Zumba Mega Party bersama Gatti Malaysia ini menampilkan seramai 87 tenaga pengajar zumba daripada Korea, Taiwan dan Malaysia seperti J-Lin, Deno Au, Jennifer, Alex Phang serta ramai lagi.

Disebabkan slot yang terhad, anda kena dapatkan segera Normal Pass yang berharga RM30 atau Session Pass yang berharga RM88 untuk sekali sesi dan Daily Pass berharga RM168 untuk menyertai kedua-dua sesi.

Selain berpeluang menyertai Zumba, dengan pembelian Session Pass atau Daily Pass, anda juga bakal menikmati pelbagai tawaran menarik seperti ini:

  • Keahlian Gatti seumur hidup
  • Goodies Bag Percuma "Gatti Party Pack!" (Pembeli Daily Pas RM168 akan dapat kasut percuma dalam goodies bag mereka)
  • Berpeluang menyertai Cabutan Bertuah dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM50,000

Bagaimana nak beli pas tersebut? Ada 2 cara iaitu anda boleh membeli pas secara dalam talian di www.gattionline.net atau membelinya terus di Gatti Sports Factory Outlet, Quill City Mall Kuala Lumpur.

Kalau join Gatti Malaysia ZUMBA Mega Party 2022 yang penting anda juga dapat enjoy membeli-belah pakaian dan barangan sukan berjenama seperti Adidas, Puma, Lotto, Gatti serta bermacam brand lain dengan harga serendah RM10 dan potongan diskaun sehingga 70 peratus di Jualan Penghabisan Stok Gatti!

Best, kan...zumba dapat, shopping pun dapat!

Jadi tunggu apa lagi dapatkan cepat pas anda di https://gattionline.net/Gatti-Malaysia-Zumba-Mega-Party-2022-Ticket-Order dan untuk maklumat lebih terperinci layari sahaja https://www.facebook.com/GattiS.F.O

Tapi kalau anda nakkan pas percuma, Rileklah boleh ‘payung’ tau! Hehehe…

Cara nak dapatkan 10 pas percuma ini senang je, anda cuma perlu ikuti 3 langkah mudah seperti berikut:

1) Anda MESTI 'LIKE & FOLLOW' halaman rasmi Facebook Rileklah di www.facebook.com/officialrileklah & Gatti Sports Factory Outlet di www.facebook.com/GattiS.F.O

2) Anda 'LIKE' original post ini dan 'TAG' sekurang-kurangnya 3 orang rakan di ruangan komen yang anda nak bawa bersama-sama untuk berzumba.

3) Anda MESTI 'SHARE' post tersebut di halaman sendiri beserta hashtag #gattimalaysia #zumbamegaparty2022 

Jika anda bertuah kami akan belanja setiap daripada anda 2 keping pas untuk join Gatti Malaysia ZUMBA Mega Party 2022 pada 17 September nanti! Selamat mencuba!

Kalau korang nak tahu Gatti Malaysia ZUMBA Mega Party 2022 ini ditaja oleh AEON BIG, PUMA, KHIND, ESPL dan bekerjasama dengan beberapa rakan media seperti kami di RILEKLAH, 88razzi, HWT, Top Corporate Leader, AI Beauty, TOP dan GBusiness. 

 

Destination: