Suka Ambil Gambar Waktu Malam & Pasangan Pula Giler Game? realme Ada Satu Kejutan Untuk Korang!

GAYA HIDUP
June 29, 2020 - 10:00 AM


Telefon pintar merupakan gajet yang sangat diperlukan oleh semua individu pada hari ini. Bukan sahaja untuk tujuan komunikasi, pekerjaan ataupun bersosial bahkan majoriti pengguna terutama generasi muda gemar menggunakannya untuk bermain permainan video dan mengambil gambar-gambar cantik!

Bagi tujuan itu pastinya anda memerlukan sebuah telefon pintar yang mempunyai cip berkuasa untuk game, bateri yang tahan lama dan spesifikasi kamera terbaik untuk menangkap gambar terutama pada waktu malam.

Ketiga-tiga pakej ini dapat anda temukan dalam telefon pintar terbaharu keluaran realme C11.

Bertuahnya kita sebagai pengguna di Malaysia apabila realme C11 ini bakal dilancarkan di negara ini mendahului negara lain iaitu pada 30 Jun 2020 pukul 11 pagi.

Pelancaran masih mengekalkan format norma baharu iaitu menerusi siaran secara langsung di Facebook realme Malaysia : https://www.facebook.com/realmeMalaysia/

Apa Istimewanya realme C11?

realme C11 didatangkan dengan processor 12nm lapan teras yang mencapai hingga 2.3 GHz, dan menggunakan struktur Cortex A53, menjadikan ia antara yang terpantas dan terbaru dalam kategorinya.

Dengan erti kata lain, jika anda seorang yang giler game anda bolehlah main PUBG atau COD Mobile dengan lebih lancar dan laju menggunakan realme C11 ini!

Nak muat turun macam-macam aplikasi game pun takde hal sebab processor dia power, bro! Takde lagging langsung yang boleh buat kita stress nak menunggu.

Lagi-lagi telefon ni didatangkan dengan skrin bersaiz 6.5 inci, confirm memang layan punya main permainan video dengan visual yang lebih besar, lebar dan jelas siap ada audio gempak memang tak tengok orang kiri kanan dah! Hahaha...

realme C11 ini memang sesuai untuk digunakan oleh generasi muda sekarang kerana ia menampilkan reka bentuk geometri yang sofistikated serta didatangkan dalam 2 warna menarik iaitu Mint Green dan Pepper Grey. Malah, design telefon ini juga direka bentuk dengan rekaan keseluruhan yang baharu bagi telefon pintar realme!

Bagi anda yang wanita, pernah tak anda alami bila lepas waktu kerja je menjelang malam hari, pasangan anda mesti sibuk layan game dari layan anda berborak? Mesti bosan tahap gaban, kan?

Kalau anda menggunakan realme C11 ini anda mesti kurang bosan sebab anda boleh keluar jalan-jalan di sekitar rumah untuk mengambil gambar pemandangan malam hari yang cantik dan lebih berkualiti daripada telefon lain.

Ini kerana kamera realme C11 ini dilengkapi dengan 13MP AI Dual Camera serta algoritma mod malam bagi menghasilkan sebuah gambar yang lebih cerah dan jelas meskipun dalam keadaan gelap.

Jadi gambar mod malam anda memang akan nampak lebih lawa seolah-olah ia diambil menggunakan kamera DSLR.

Sekarang ni kan semua orang tengah gilakan design boba dalam bentuk segi empat sama, jadi realme C11 pun tak ketinggalan dalam mereka bentuk kameranya menggunakan design yang sama untuk menambat hati pengguna muda agar tampil lebih moden dan sofistikated. 

Bila anda dan pasangan dah asyik main game dan tangkap-tangkap gambar, mesti bateri telefon pun cepat habis. Tapi dengan realme C11 ini anda tak perlu risau lagi dengan jangka hayat bateri telefon anda kerana ia mempunyai bateri 5000mAh yang besar di mana anda boleh menggunakannya tanpa henti dan dalam tempoh yang lama.

Malah selepas diuji di makmal, realme C11 juga didapati sangat jimat tenaga kerana mampu bertahan selama 40 hari dalam mod siap sedia yang ternyata jauh lebih baik daripada keluaran realme sebelum ini.

realme C11 ini juga mempunyai 3-Card Slots (2 SIM + 1 microSD) dengan RAM 2/3GB beserta storan 32GB.

Dengarnya walaupun macam-macam spesifikasi canggih ada pada realme C11 ini tetapi harganya dikatakan lebih murah dan berbaloi untuk dilaburkan demi gajet sebegini. Bolehlah anda berjimat sikit!

Jadi tunggu apa lagi, jika anda seorang gamer tegar dan pasangan pula sejenis yang suka ambil gambar pemandangan waktu malam -- realme C11 ini sememangnya gajet terbaharu yang perlu korang miliki! 

 

Destination: