Stress Betul Bila Bateri Telefon Mengalir Macam Air! Tapi Dengan realme C12, Bateri Power Wei Tahan Lama!

GAYA HIDUP
August 24, 2020 - 02:00 PM


Pernah tak korang alami situasi di mana bila nak pergi bercuti atau perlu menghadiri sesuatu yang penting seperti hal kerja dan memerlukan telefon pintar berada di tangan, tapi pada masa tu jugalah bateri telefon korang mengalir macam air?

Mesti korang rasa geram dan sakit hati, lebih-lebih lagi kalau powerbank time tu jugalah dia pun nak buat masalah sama!

Dia punya tahap risau telefon mati tu memang tak boleh bincang dah. Stress ooooo!!!

Rileks, korang dah takkan alami situasi genting sebegitu lagi dengan adanya telefon pintar keluaran terbaharu realme C12!

Ini kerana telefon pintar yang bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi itu dilengkapi dengan bateri sebesar 6000mAh dan ia rekod bateri paling power pernah dikeluarkan realme setakat ini.

Korang bayangkan jela berdasarkan ujian makmal realme mendapati telefon C12 yang baru itu dapat bertahan selama 57 hari lamanya jika diset dalam mod siap sedia, ia jauh lebih baik daripada beberapa jenama telefon pintar lain yang ada di pasaran.

Istimewanya lagi realme C12 ini didatangkan dengan fungsi caj terbalik OTG yang boleh menjimatkan hayat bateri korang dengan semaksimum mungkin.

Jadi kalau korang nak guna smartphone tanpa henti atau pada bila-bila masa yang korang nak pun boleh. Syok, kan!

Punyalah bagusnya realme C12 ini dalam nak mengoptimumkan jangka hayat bateri, mereka turut menghadirkan 'Apps Quick Freeze' yang dapat membekukan aplikasi yang paling kurang digunakan.

Bukan tu saja, korang juga boleh mengaktifkan 'Mod Penjimatan Super Power' di mana korang akan dibenarkan untuk memilih 6 aplikasi yang paling kerap digunakan untuk kekal aktif, di samping mencapai hayat bateri yang sangat lama.

Kalau korang tak percaya cuba korang test guna WhatsApp atau YouTube selama 2 jam, korang akan terkejut sebab bateri yang digunakan hanyalah 5 peratus sahaja! Wowww...kan!!!

Jadi dah tak payah susah-susah korang nak cari power plug atau usung powerbank ke sana ke sini semata-mata nak pastikan bateri korang tak cepat kong.

Satu lagi yang menarik mengenai realme C12 ini adalah ia dilengkapi bukan hanya 1 atau 2, tetapi 3 kamera terus!

Dah namanya ada 3 kamera, memang akan lagi gempaklah gambar korang nanti. Lagi-lagi bila korang ambil gambar pada waktu malam atau dalam keadaan cahaya yang terhad.

Sebabnya kamera telefon realme C12 ni mempunyai sensor gambar 13MP super clear dengan bukaan aperture f / 2.2 yang cukup luas bagi kemasukan cahaya dan menjadikan gambar korang lebih jelas serta lebih terang benderang walaupun pada waktu malam.

Bukan tu je tau, realme C12 ni pun disokong dengan PDAF atau dalam erti kata lain kamera dia korang boleh zum sampai 4 kali ganda dari jarak jauh tapi gambar yang korang dapat tetap maintain jelas dan takkan blur langsung! 

Senang cerita gambar dia macam ala-ala korang tangkap pakai kamera DSLR la...hebat, kan!

Bagi korang yang giler selfie terutama kepada kaum wanita, korang memang kena dapatkan realme C12 ni!

Sebabnya kamera selfie 5MP di bahagian depannya menyokong fungsi AI, mod HDR, mod potret dan mempunyai ciri pano-selfie yang dapat membantu korang mengambil gambar selfie yang lebih luas dan takde la muka korang nampak penuh kat skrin atau bambam je bila berselfie. Hehehe...

Secara keseluruhannya, kalau korang sejenis pengguna telefon pintar tegar yang memerlukan bateri tahan lama dan giler bergambar cantik -- realme C12 ni memang gajet yang perlu korang miliki!

Nak tahu betapa hebatnya realme C12 ini, korang jangan lupa saksikan pelancaran rasmi gajet terbaharu itu di Facebook rasmi realme pada esok (25 Ogos) pukul 11 pagi.

 

Destination: