Giler Ar, Power Betul Main Games Pakai Smartphones Guna Snapdragon 865 Dengan Teknologi 5G Ni

GAYA HIDUP
July 03, 2020 - 10:00 AM


Korang kaki game? Stress tak bila tengah layan game dekat handphone, pastu lagi sikit nak menang tetiba time tu la phone korang nak hang la nak lagging la? Tekanan betul kan!

Jangan tension-tension sebab ni ada satu berita baik khas untuk korang.

realme, jenama telefon pintar yang sedang berkembang pesat di pasaran global bakal memperkenalkan rangkaian peranti terbaharunya iaitu realme X50 Pro 5G yang direka khusus bagi para gamers di luar sana.

realme X50 Pro 5G dilengkapi dengan chipset terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 865. Chipset ni memang menjadi idaman gamers kerana performancenya yang sangat tinggi dan hebat.

Jadi apa yang membuatkan Snapdragon 865 ni top of the top? Jom kita lihat spesifikasi chipset ini.

Snapdragon 865 bersaiz 7nm Octa-core dilengkapi dengan A77 performance core membuatkan kelajuan chipset ini mencapai 2.84GHz.

Ini membuatkan performance keseluruhan Snapdragon 865 meningkat sebanyak 25% dari chipset Qualcomm yang terdahulu.

Dengan chipset ni juga anda akan dapat peningkatan 30% energy efficiency, ini bermakna battery realme X50 Pro 5G akan tahan lebih lama. Senang cerita, memang seronok main game pakai realme X50 Pro 5G.

Berikut merupakan performance dari 4 game yang terkenal dalam kalangan mobile gamers di Malaysia iaitu PUBG Mobile, Fortnite, Call of Duty Mobile, dan Mobile Legends :-

GAME

PUBG Mobile (FPS 60)

SETTINGS

- Graphic Quality: Smooth ; Framerate: Extreme

- Graphic Quality: HDR ; Framerate: Extreme 

GAME

Call of Duty Mobile (FPS 39 - 40)

SETTINGS

- Graphic Quality: Very High ; Framerate: Very High

GAME

Fortnite (FPS 48 - 50)

SETTINGS

- Graphic Preset: Epic ; 3D Resolution: 100% ; Framerate: 60

GAME 

Mobile Legends (FPS 60)

SETTINGS

- Graphic: High

Bukan tu je, chipset ini juga dah dioptimized bagi memastikan kelajuan internet anda kekal berada di 5G.Berdasarkan info di atas memang ternyata chipset Snapdragon 865 adalah antara chipset terbaik untuk gaming sekarang ni.

realme X50 Pro 5G dilengkapi dengan 12 antena yang berfungsi bagi menerima signal 360 darjah. Ini bermakna signal anda akan kekal kuat dalam apa jua keadaan sekalipun anda memegang phone ini.

Ia juga mendukung ‘Smart 5G’. Smart 5G berfungsi dengan melaraskan signal di sekeliling anda dan akan tukarkan signal realme X50 Pro 5G dari 4G kepada 5G sekiranya ada. Ini bermakna phone anda tak akan tercari-cari signal 5G di tempat yang tidak menyediakan signal tersebut sekaligus meningkatkan battery life di phone ini.

So korang yang kaki games di luar sana kalau tercari-cari smartphone untuk main game puas-puas, kami ada berita baik untuk anda kerana realme X50 Pro 5G akan mula masuk pasaran Malaysia dan pelancaran pada 6 Julai 2020 ini ya, jam 11 pagi di Facebook rasmi realme.

Khabar angin tentang harga yang mula tersebar lebih kurang RM2,999. Harga sebenar boleh tunggu bila ianya dilancarkan tak lama lagi dan jangan lupa stay tune, kami akan buat satu lagi artikel mengenai review penuh realme X50 Pro 5G selepas ia dilancarkan. 

Anda juga boleh mengikuti Twitter rasmi realme Malaysia untuk mendapatkan perkembangan terkini daripada pihak realme.