Anda Pernah Berdepan iPhone Tiba-Tiba Panas? Jangan Panik, Ini 8 Tips Sejukkannya!

GAYA HIDUP
October 11, 2023 - 01:32 PM


Anda pengguna telefon pintar Apple, iPhone? Pernah berdepan masalah iPhone anda tiba-tiba panas sehingga anda tidak selesa untuk memegang atau menggunakannya?

Meskipun baru sahaja melancarkan edisi terbaharu iPhone 15 di seluruh dunia pada September lepas, namun ada sesetengah pengguna telefon tersebut mungkin pernah berdepan masalah suhu panas pada peranti mereka.

Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang punca masalah ini.

Jika anda berada di lokasi dengan isyarat rangkaian yang lemah, iPhone perlu 'bekerja lebih keras' untuk mengekalkan sambungan, yang boleh menyebabkan ia menjadi terlalu panas.

Selain itu, penggunaan data berterusan, seperti penstriman video, memuat turun fail besar juga boleh menyebabkan iPhone menjadi terlalu panas.

Berikut dikongsikan 8 cara untuk menyejukkan peranti iPhone anda, memetik laporan Mstar:

1. Aktifkan low power mode dalam tetapan bateri (battery setting).

2. Buka casing iPhone anda untuk mengelakkan haba terperangkap.

3. Turunkan brightness telefon anda.

4. Elak letak telefon di kawasan panas seperti dashboard kereta.

5. Boleh letakkan iPhone di atas lantai simen atau jubin untuk lima ke 10 minit.

6. Tetapkan iPhone anda ke Airplane mode buat seketika.

7. Tutup aplikasi yang tidak digunakan.

8. Jangan guna telefon ketika ia sedang dicaj.

Dilaporkan, Apple memaklumkan bahawa pihaknya mengenal pasti beberapa isu yang menyebabkan iPhone model baharu menjadi lebih cepat panas daripada dijangkakan.

Memetik laporan Reuters, tindakan diambil selepas menerima aduan mengenai model telefon pintar baharu itu yang cenderung untuk menjadi sangat panas.

Apple berkata, isu itu tidak memberi kesan kepada risiko keselamatan atau kecederaan, malah turut dikatakan tidak memberi kesan kepada prestasi jangka panjang telefon pintar berkenaan.

Sumber: Mstar

Destination: