6 Fakta Yang Ramai Tidak Tahu Tentang Isteri Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un

TERKINI
March 05, 2018 - 03:26 PM


Kalau di carian internet banyak info negatif yang kita dapat tentang pemimpin Korea Utara. Info lain juga tidak banyak yang kita boleh jumpa termasuklah isteri beliau iaitu Ri Sol-ju. Sebab itulah perwatakannya juga boleh di katakan agak misteri. Tak macam first lady Malaysia. Satu dunia tahu!!! Ri Sol-ju juga jarang di lihat muncul di publik dan juga media antarabangsa tidak seperti isteri pemimpin lain. Lari memeranjatkan umur sebenarnya pun tidak di ketahui. 

Namun, ada juga sedikit info tentang biography di internet dan apa yang aku boleh katakan info ini menarik memandangkan beliau merupakan isteri kepada seorang pemerintah diktator yang cukup tegas dan degil.

1. Anak Perempuan Kepada Golongan Bijak Pandai di Korea

Beliau di lahirkan di port city of Chongji dan berasal dari keluarga seorang Doktor dan Guru. Kemungkinan tahun kelahiran isteri Kim Jong-un di antara 1985 - 1989. So umurnya dalam 28 hingga 33 tahun. Muda lagi.

2. Merupakan Ahli pasukan Sorak Ketika Zaman Remaja

Sebelum mengahwini ketua Korea Utara, Ri Sol-ju merupakan salah seorang pelajar di Kim Il Sung University di Pyongyang yang juga merupakan universiti terbesar di Korea Utara. Pada tahun 2005, beliau telah melawat Korea Selatan sebagai salah seorang ahli delagasi penyokong kumpulan Asian Athletics Championships.

3. Sepatutnya Menjadi Seorang Penyanyi

Ri Sol-ju merupakan seorang penyanyi dan pelajar vokal di China sebelum bertemu dengan bakal suaminya semasa persembahannya di Unhasu Orchestre. 

4. Ibu Kepada 3 Anak

Pihak media percaya bahawa beliau melahirkan 2 orang anak perempuannya pada tahun 2010 dan 2013 dan melahirkan anak lelaki pada tahun Februari 2017. Menurut golongan cerdik pandai Korea Selatan, kelahiran anak ketiganya adalah bikan pilihan beliau tetapi di sebabkan atas desakan negaranya yang memerlukan anak lelaki untuk mewarisi takhta Kim Jong-un nanti.

5. Pemberontak

Ri Sol-ju juga merupakan "first lady" di Korea Utara yang berani mengubah gaya fesyen wanita di Korea Utara dan juga merupakan wanita yang pertama berambut pendek dalam kalangan isteri pemimpin yang lepas. Ri Sol-ju juga dikatakan seorang yang suka berfesyen dan boleh di lihat barangan branded yang di pakai majoriti dari eropah termasuklah jenama Chanel dan Dior. 

6. Berjaya Meyakinkan Kim Jong-un Bagi Kebebasan Kepada Wanita Korea Utara

Oleh kerana suaminya yang lebih di kenali sebagai seorang yang panas barang, Ri Sol-ju berjaya untuk memujuk suaminya denagn kelembutan supaya wanita di Korea Utara bebas untuk memakai seluar, jeans, black tights serta kasut tumit tinggi. Kim Jong-un juga membenarkan wanita di sana untuk menunggang basikal. 

Itu sahaja lah info yang dapat di cari tentang isteri pemimpin Korea Utara. Menarik bukan? Kalaulah satu hari nanti Korea Utara di pimpin oleh beliau tidak mustahil Korea Utara boleh menjadi salah satu negara yang maju dan pusat fesyen seperti Korea Selatan.

Sumber: Brightside

Destination: