6 Langkah Mudah Untuk Dapatkan Hasil Seni Yang Besesuaian Dengan Rumah

GAYA HIDUP
May 14, 2018 - 04:24 PM


Lukisan, arca atau apa sahaja bentuk seni boleh diletakkan di rumah bagi menaikkan seri dan suasana rumah. Kalau kena konsep, warna dan sebagainya rumah kita akan kelihatan sangat eksklusif dan mewah.

Walaupun begitu, barangan seni ini (lagi-lagi lukisan) perlu dipilih dengan betul supaya hasil seninya tidak tenggelam ataupun ia tidak menenggelamkan perabot atau perhiasan lain di rumah. Dalam erti kata lain, lukisan atau hasil seni ini perlu saling melengkapi.

Menurut Art Director dan juga curator di Saatchi Art ada beberapa panduan yang boleh digunakan sebelum membeli sesuatu barangan untuk melengkapkan rumah.

 

#1. NIAT/SEBAB

Yang utamanya dia menasihatkan pembeli terutamanya untuk yang pertama kali ni supaya tak kelihatan ‘bodoh’ untuk mendapatkan apa yang dikehendaki.

Sebagai contoh, tanamkan atau tetapkan konsep yang hendak dicari. Sama ada berasaskan warna ataupun mengikut sesuatu tema.

Menurut curator berkenaan, jika sudah ada tema atau konsep yang dimahukan, pencarian barangan menjadi lebih mudah.

 

#2. BAJET

Keutamaan dalam memilih barangan seni ini terletak pada kekuatan poket empunya rumah sendiri. Jika anda baru nak berjinak-jinak dalam mengumpul hasil seni atau lukisan, tetapkan berapa bajet yang akan dihabiskan dalam satu-satu karya ataupun projek anda.

Menurut Johnson-Chyzhykov, pengarah dan collector di Artsy, hasil seni boleh dibeli walau anda mempunyai bajet yang rendah. Yang penting, anda beli. Walaupun dia tidak menyangkal dakwaan yang kebiasaannya hasil seni yang cantik agak mahal, tetapi jika bajet anda hanyalah RM100 misalnya, carilah yang cantik dalam harga tersebut.

 

#3. DAPATKAN SEBANYAK MUNGKIN

Apabila tema dan konsep dah ditentukan, seta dah ada jumlah yang sedia dilaburkan untuk membeli hasil seni, cuba dapatkan sebanyak yang boleh dalam bajet tersebut. Misal kata, anda bersedia menghabiskan RM 500 ringgit, cuba dapatkan sebanyak lukisan atau arca yang boleh dengan harga tersebut.

Menurut kurator tadi, untuk mendapatkan lukisan yang tidak terlalu mahal, carilah seorang pelukis yang belum dikenali. Kebiasaannya, mereka ini turut menghasilkan lukisan yang menarik pada harga yang mampu milik.

Jika beli di galeri pula, cuba tawar sedikit harga. Sebabnya menurut Chyzhykov, kebiasaannya galeri-galeri ini akan berikan potongan sebanyak 5-10 peratus.

 

#4. CUBA BELI ONLINE

Kebiasaannya, para pengumpul lukisan atau hasil seni ini akan buat pembelian di galeri. Tapi, cara ini secara tak langsung menghadkan pemilihan kurator dan galeri yang berdekatan dengan mereka.

Dalam era modern ni, banyak pelukis dan pereka hasil seni dah mula menjual atas talian. Jadi, proses untuk dapatkan karya diorang ni lebih mudah.

Kalau di laman web Artsy, ada bantuan daripada kurator atas talian untuk memberi nasihat atau membantu dalam proses pencarian hasil seni yang diinginkan.

 

#5. LATAR BELAKANG KARYA

Seni ni boleh dikatakan pembuka bicara. Ini kalau orang yang minat seni lah. Melalui lukisan, kita boleh kenal dengan ramai orang dan boleh berinteraksi dengan orang baru.

Tujuan mengetahui latar belakang lukisan atau barangan seni yang kita akan beli adalah untuk tujuan pembuka bicara ni lah. Sebagai contoh, bila satu lukisan tu tergantung dirumah, orang akan tanya apa maksud, siapa lukis dan sebagainya. Secara tak langsung, ada topik dan mungkin ada pendapat yang boleh ditukar-tukar disini.

Untuk dapatkan latar belakang karya, kebiasaanya, setiap galeri mempunyai maklumat lengkap tentang sesuatu lukisan dan siapa yang membuatnya dan apa sebab terhasilnya lukisan yang ada tu.

 

#6. BELI SESUATU YANG MENARIK PERHATIAN SENDIRI

“Lebih lama anda perhati, lebih banyak yang anda akan faham tentang kesukaan anda”. Ini adalah kata-kata yang dikeluarkan oleh Wilson, salah seorang pengumpul dan juga kurator di Artsy.

Tambahnya lagi, tak kiralah anda tidak mempunyai banyak maklumat tentang sesuatu karya atau takut tak bersesuaian, jika anda fikir anda akan menyukainya, BELI! Sebabnya, selepas proses pembelian, kita akan gantung dan amati hasil seni tu setiap hari.

 

=aj=