6 Lokasi Ini Buat Pertunjukan Air Pancut Berirama Percuma, Selama Sebulan Sempena Hari Wilayah!

GAYA HIDUP
January 30, 2023 - 05:18 PM


1 Februari setiap tahun kita akan menyambut Hari Wilayah Persekutuan di mana bagi warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diberikan cuti umum.

Jika anda antara yang mendapat cuti umum sempena Sambutan Hari Wilayah pada tahun ini dan tak tahu nak raikannya di mana -- anda boleh mengisi hari cuti tersebut dengan menyaksikan pertunjukan air pancut berirama dengan pencahayaan di beberapa taman rekreasi, pusat beli-belah serta lokasi tumpuan orang ramai selama sebulan bermula 1 Februari ini.

Antara kawasan yang terlibat dengan pertunjukan air pancut berirama berkenaan ialah :-

1) KLCC Lake Symphony Fountain

2) Crystal Fountain Pavilion Kuala Lumpur

3) The Gardens KL Fountain

4) Kolam Biru River Of Life (Jalan Leboh Pasar Besar)

5) Air Pancut Tasik Putrajaya di Presint 2

6) Bulatan Marlin, Jalan Merdeka di Labuan

Pertunjukan yang bermula dari jam 8 hingga 10 malam itu adalah percuma dan tiada sebarang caj dikenakan untuk menyaksikannya.

Pertunjukan itu dianjurkan bersama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan, KLCC Holdings Sdn Bhd, The Gardens KL dan Pavilion Kuala Lumpur tanpa melibatkan sebarang peruntukan kewangan kerajaan.

Penganjuran program ini dapat menceriakan lagi Wilayah Persekutuan di samping menambahkan rasa cinta dan sayang kepada Wilayah Persekutuan kita.

Ia juga sangat bersesuaian untuk aktiviti riadah bersama seisi keluarga sambil menikmati panorama menarik. Ini sekali gus menggalakkan aktiviti pelancongan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

Selain itu, program pencahayaan turut diadakan dari 30 Januari hingga 2 Februari melalui pemasangan lampu secara festive mood di semua premis dan bangunan di Kuala Lumpur bagi menyemarakkan suasana Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023.

Sumber: BERNAMA

Destination: