6 Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Jika Menginap Di Hotel
Hotel merupakan salah satu tempat penginapan pilihan ketika bercuti. Tidak kiralah sama ada untuk percutian dengan keluarga ataupun travel sambil bekerja, selalunya orang akan ke hotel untuk mendapatkan penginapan yang selesa dan perkhidmatan yang terbaik.
Namun, ada juga beberapa perkara yang sebenarnya tidak disyorkan untuk dilakukan di hotel. Lebih tepat, sebenarnya ada 6 perkara yang TIDAK boleh dilakukan ketika menginap di hotel.
#1. Sebut Nombor Bilik Kuat – Kuat
Kadangkala, kita mungkin tak perasan atau secara tak sengaja ‘ter’ dedahkan nombor bilik kita sama ada ketika berbual melalui panggilan telefon, mahupun berbual-bual.
Sebenarnya bukanlah ada undang-undang yang kata jangan sebut kuat-kuat, ia sebagai langkah keselamatan. Kita takkan tahu siapa yang ada di hotel berkenaan, kena kalau ada yang berniat tak baik.
#2. Letak Barang Berharga Sepah – Sepah
Biasanya, bila dah habit di rumah untuk tinggalkan laptop, kamera dan barang berharga atas meja dan merata-rata di bilik tu, kemungkinan besar kita akan lakukan perkara sama di bilik hotel semasa bercuti.
Selain seakan-akan ‘mengundang’ pekerja room service untuk mencuri, kalau barang bersepah ni, percayalah akan ada yang hilang dan berkemungkinan besar tertinggal. Tapi, bukanlah nak kata pekerja room service ni suka mencuri tapi, kena berhati-hati.
Simpanlah di tempat yang disediakan.
#3. Mengusik / Mengalihkan Isi Mini Bar
Ada sesetengah negara atau hotel, jika isi dalam mini bar terusik ia akan dianggap sudah dibeli. Dalam erti kata lain, kalau tak nak, jangan bukak pun mini bar tu. Melainkan korang nak letak makanan yang dibeli sendiri.
Sila ‘jadi rajin’ untuk baca semua tulisan atau notis yang ada di bilik hotel yang kita tinggal tersebut. Kadang-kadang pihak hotel ni ada tuliskan atau berikan maklumat tentang segala barangan dalam bilik tersebut.
#4. Terus Tidur Di Atas Katil
Walaupun cadar dan sarung bantal senang cerita set tidur tu akan diganti tetapi ia berkemungkinan berhabuk dan tidak digunakan dalam masa yang lama.
Jadi apa yang kita kena lakukan adalah, sekurang-kurangnya kibaskan dahulu katil sebelum digunakan.
#5. Minum Dari Gelas Tanpa Dibilas
Kebiasaannya, di hotel akan sediakan 2 buah gelas di dalam tandas dan 2 buah cawan bersama set minuman.
Sebelum menggunakan barangan ini, sebaiknya bilaslah dahulu. Jangan terus guna. Sama juga jika hotel sediakan cerek, bilas dahulu. Lagi elok, masak separuh air dalam cerek dan buangkan. Kendian gunalah macam biasa.
#6. Tidak Gunakan Tanda Di Pintu
Tanda ‘Do Not Disturb’ dan ‘Please Clean’ tu tolong gunakan. Kadangkala, sesetengah hotel hanya akan membuat pembersihan jika tanda tersebut diletakkan dan waktu housekeeping di setiap hotel adalah berbeza.
Jadi, agak tak best kalau kita tengah berehat di bilik, housekeeping pulak datang ‘kacau’.
Kalau lepas ni ada plan untuk menginap di hotel, ingat 6 perkara ni ye. Terutama bab sentuh barang dalam mini bar tu, nanti tak pasal-pasal je kena charge.