8 Tokoh 'Buka Rezeki' Waktu Pagi

GAYA HIDUP
February 19, 2019 - 11:32 AM


Kata orang kalau nak banyak rezeki, kita kena selalu bangun pagi. Sebabnya di waktu pagilah udara yang paling segar, cahaya matahari yang paling sihat dan tubuh badan kita dalam keadaan penuh tenaga selepas bangun tidur.

Malah, Rasulullah SAW juga pernah berpesan kepada puterinya Fatimah: ”Wahai anakku, bangunlah, saksikan rezeki Tuhanmu dan janganlah kamu termasuk orang yang lalai kerana Allah SWT memberi rezeki kepada hamba-Nya, antara terbit fajar dengan terbit matahari.” (Hadis Riwayat Ahmad).

Di sini, kami kongsikan 8 tokoh yang sentiasa memulakan aktiviti harian mereka seawal pagi.

1. Nabi Muhammad – Rasulullah SAW sering bangun awal pagi untuk bertahajud sekitar 2/3 malam (2-4 pagi). Kemudian menunaikan solat subuh berjemaah. Waktu pagi baginda akan dipenuhkan dengan banyaknya aktiviti beribadah termasuk bersahabat, mengutamakan waktu dhuha dan berniaga.

2. Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia), bangun pada 5.00 pagi setiap hari untuk membaca buku, kemudian solat, sarapan dan akan terus bersiap menuju ke tempat kerja dan memastikan akan sampai ke pejabatnya sebelum jam 8.00 pagi. Sekiranya pada waktu hujung minggu, beliau akan brisk walk untuk kekalkan stamina dan mengambil udara segar.

3. Mark Zukerberg (Pengasas Facebook) akan bangun pada sekitar 6.00 pagi setiap hari, bersenam, sarapan, membaca dan memakai baju yang warnanya sama pada jam 8.00 pagi dan terus menuju ke pejabat.

4. Jack Dorsey (Co-Founder Twitter) akan bangun pada jam 5.30 pagi setiap hari dan akan berlari sekurang-kurangnya 10km sehari setiap pagi sebelum memulakan kerja untuk kekalkan kecergasan dan kecerdasan diri. Katanya, hanya dengan sihat sahaja minda akan aktif, tenang dan sentiasa memikirkan solusi.

5. Warren Buffet (Pelabur), akan bangun pada jam 6.45 pagi dan akan membaca sekurang-kurangnya 6 jenis surat khabar pada setiap pagi tersebut. Beliau dikatakan membaca sekitar 500 muka surat akhbar untuk mengasah ketajaman nilai bisnes dan sosial dalam hidupnya.

6. Bill Gates (Pengasas Microsoft) akan bangun sekitar 7.00 pagi setiap hari dan memerlukan tidur sekitar 8 jam sehari untuk menghasilkan otak dan minda yang kreatif setiap hari.

7. Steve Jobs (Pengasas Apple Inc) akan bangun pada jam 6.00 pagi setiap hari, bersarapan, bersenam, membaca dan berjalan kaki sekitar rumahnya untuk mendapatkan udara bagi menjadikan dirinya sentiasa berkualiti kepada orang lain pada setiap hari.

8. Khabib Nurmagomedov (UFC Fighter), akan bangun sekitar 4.00 pagi hampir setiap hari untuk solat sunat, kemudian akan mula berlari dan berhenti untuk solat subuh. Kemudian, beliau akan bersarapan dan meneruskan latihan sekitar 2-4 jam sehari pada setiap pagi.

Semoga kisah tokoh-tokoh berjaya ini memberi inspirasi untuk kita mula membiasakan diri bangun pagi dan membawa rezeki yang banyak apabila kita pulang bekerja pada petang hari. InsyaAllah.