Tips Untuk Korang Yang Susah Bangun Pagi…

GAYA HIDUP
November 02, 2017 - 01:29 PM


Bangun waktu pagi adalah sesuatu yang kadang-kadang kita rasa berat sangat. Lagi-lagi waktu cuti hujung minggu.

Kalau nak tahu, sebenarnya waktu pagi adalah waktu yang paling produktif untuk diri kita. Sebabnya, pada awal pagi, otak kita masih fresh dan tahap kepekaan kita pun tinggi. Ada kajian yang mengatakan bangun pagi dan mulakan kerja sedikit di rumah mampu berikan motivasi yang tinggi kepada seseorang untuk sehari.

Bagi anda yang susah sangat nak bangun pagi, kami ada terjumpa tips yang korang boleh cuba untuk ubah diri anda yang susah bangun pagi tu kepada seorang ‘morning person’. Syaratnya, kena disiplinlah ikut…

 

#1. Matikan alarm pada hujung minggu.

Kenapa perlu matikan jam pada hujung minggu? Ha, tujuannya, anda kena fahami bila sebenarnya anda terjaga dengan sendirinya. Cuba tengok, biasanya anda akan terjaga tanpa orang kejut pun. Cuba perhatikan patern dia. Dengan itu, anda bolehlah nak adjust waktu tidur.

 

#2. Set waktu tidur, tidur bila sampai waktunya.

Langkah kedua selepas anda dah kenalpasti rehat yang badan anda perlukan tadi, anda setkan pukul berapa anda kena tidur. Pastikan anda tidur tepat pada waktunya. Ini boleh membantu anda betulkan rutin tidur anda.

 

#.3 Download aplikasi untuk track tidur anda.

Aplikasi ini boleh membantu anda untuk mencatat berapa kali anda terjaga dan berapa jam anda dapat tidur yang sebetul-betul tidur. Kalau anda nak tahu, disebabkan ganguan kecil masa tidur inilah yang menyebabkan anda rasa penat ketika bangun tidur nanti.

 

#.4 Tukar dekorasi bilik tidur.

Cuba perhatikan bilik anda, apa kata anda simpan atau sorokkan segala benda yang mengeluarkan cahaya pada waktu malam dan juga alat – alat elektronik. Termasuklah telefon bimbit anda. Sebenarnya, benda-benda inilah punya utama tidur anda terganggu.

Kalau untuk telefon, anda boleh letakkan sleep mode ataupun do not disturb. So, semua whatsapp ke, panggilan ke takkan ada sehinggalah pagi esoknya. Atau lebih senang, off je telefon tu.

 

#5.  Gunakan pewangi/semburan Lavender.

The National Sleep Foundation ada mengeluarkan laporan yang mengatakan bau lavender ini dapat menenagkan fikiran sebelum tidur. Jika anda letakkan di bilik, sudah tentu anda dapat tidur dengan nyenyak dan bangun lebih bertenaga esok hari!

 

#6. Selak langsir/bukak lampu setelah bangun dari tidur.

Berikan pencahayaan terang ke dalam bilik anda. Jika ada tingkap yang menghadap luar, selak langsirnya supaya cahaya boleh masuk ke dalam. Dengan ini, anda tidak akan rasa nak sambung tidur balik. Tapi, kalau dah bukak lampu, selak langsir, jangan anda sorokkan diri dalam selimut pulak. Hehe..

 

#7. Jangan gunakan ‘snooze’.

Walaupun majoriti daripada kita akan set jam lebih awal dan akan menekan snooze sehinggalah waktu yang betul-betul kita nak bangun, perbuatan ini sebenarnya tidak digalakkan. Seeloknya, set Cuma satu alarm, dan cuba untuk bangun pada alarm tersebut.

 

#8. Gunakan jam pertama untuk aktiviti yang produktif.

Bangun pagi, kalau untuk muslim selepas solat subuh tu, jangan tidur balik! Buatlah lompatan ke, yoga ke, cuba menu smoothie baru ke. Pokoknya, buatlah apa-apa aktiviti yang memerlukan anda menggerakkan badan. Bangun main game dekat pc pun boleh. =)

 

#9. Kemas katil anda!

Selain boleh mengelakkan anda untuk tidur balik dekat katil yang anda dah kemas tu, dari segi psikologi, anda telah berjaya siapkan satu task iaitu kemas katil.

 

#10. Buat macam zaman sekolah.

Ini amcam mana pulak? Okay, sediakan pakaian anda, peralatan nak ke pejabat, atau apa sahaja yang anda nak buat esoknya di sebelah katil sebelum tidur. Kalau nak pegi gym, letak beg gym tu dekat tempat yang anda boleh nampak.

Ini supaya esok pagi, anda akan terus bersemangat dan taknak tidur balik bila dah bangun.

 

#11. Visualkan apa yang anda akan buat hari itu.

Visualkan dalam minda anda lepas bangun ni… anda ada berapa perkara nak diselesaikan. Ataupun, selepas 24 jam, apa yang anda akan accomplish. Bila dah ada visual macam tu, anda akan lebioh positif dan fokus untuk selesaikan apa yang anda patut selesaikan hari tersebut.

 

So, macam mana? Agak-agak anda boleh jadi morning person selepas ni? Kea da tips yang lebih membantu? =D