Abang-Abang Rider Food Panda & Grab Nak Mogok Esok, Jadi Jangan Bising Makanan Lambat Sampai Ye!

GAYA HIDUP
August 04, 2022 - 08:34 PM


Fuhh lain macam rancangan abang-abang rider ni. Jadi korang janganlah bising yer makanan lambat sampai ke esok. Mesti ada masalah dalaman tu. Tak pun korang beli sendiri jer makanan tu.

Rakan penghantar gig termasuklah Lalamove, grab food, Shopee Food,  EASI, Borzo, Sama-Sama Lokal, Misi Rakyat dan airasia food mengumumkan bahawa mereka akan melaksanakan mogok pada 5 Ogos 2022, hari Jumaat (esok).

Dalam poster yang tular di platfom-platfom media sosial hari ini, tanda pagar #naikkanfare, #grabsembelihrider, #fpsembelihrider dimuatkan dalam poster.

Malah tanda pagar #24jamoff, #24hourofshift dan #offsehari menandakan bahawa rakan penghantar gig itu tidak akan menjalankan operasi mereka untuk tempoh sepanjang hari esok.

Berdasarkan tanda pagar dalam poster itu juga menunjukkan, mogok yang dilancarkan ini mungkin sebagai tanda tidak puas hati para penghantar gig terhadap kadar bayaran yang diterima mereka.