
Alta Moda Sarawak – Platform Terbaik Ketengahkan Industri Fesyen
GAYA HIDUPMarch 08, 2019 - 03:13 PM
Alta Moda Sarawak (AMS) adalah sebuah acara khas bertujuan untuk menaikkan karya tempatan terutamanya dalam bidang seni, kebudayaan dan kraftangan. Bermula semalam hingga 9 Mac ini, Alta Moda Sarawak 2019 akan berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama, Kuching.
Acara fesyen dan gaya hidup ini akan mengetengahkan karya serta hasil tangan pereka-pereka fesyen tempatan, terutamanya dari Sarawak.
Perkataan Alta Moda diambil dari perkataan Itali yang bermaksud high fashion ini amat bersesuaian dengan acara yang diadakan dimana ramai pereka fesyen yang teruja ingin menyertai dan dihimpunkan dalam satu acara yang bakal berlangsung untuk dua hari lagi.
Alta Moda Sarawak 2019 bakal disertai oleh 21 orang pereka fesyen dan jenama, termasuklah penuntut daripada Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan juga Lim Kok Wing University.
Kepada sesiapa yang berkelapangan dan ada di Sarawak tu, apa lagi...jom ramai-ramai ke Alta Moda Sarawak 2019. Ruang pameran akan dibuka seawal jam 4 petang.
Destination:
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video