Anda Rasa Saya Ada Masa Untuk Sakit Kepala? Ini 7 Cara Praktikal Tanpa Makan Panadol

GAYA HIDUP
September 15, 2017 - 12:08 PM


Bila sakit kepala je mesti teringat akan iklan "tu" nampak tak permainan dia. Sampai orang boleh ingat skrip iklan tu. Sakit kepala ni boleh meyerang sesiapa saja, Tak kisah lah anda anak raja ke petani ke. Bila datang sakit memang tak boleh nak elak.

 

Orang kata makan panadol selalu tak elok. Tapi bila dah sakit kepala nak buat apa lagi kan. Kenalah makan ubat. 

 

Ok ini 7 tip perkara yang and aboleh lakukan untuk hilangkan sakit kepala tanpa memakan panadol. 

 

1. Rendamkan kaki anda ke dalam air suam

Dengan cara ini, ianya dapat membuatkan tekanan darah anda turun dari kepala. Sila pastikan ianya air suam, bukan air panas. Naya melecur nanti.

 

2. Minum air Epal hijau

Cara kedua pula, ambil sebiji epal hijau yang telah dibelah dua dan ambil juga 2 gelas air. Rebuskan epal tersebut dan minumlah air rebusan epal hijau tersebut begitu saja tanpa sebarang gula.

 

3. Duduk dengan tegak

Duduk tegak adalah salah satu cara yang boleh menghilangkan rasa sakit kepala. Ketika anda duduk dalam posisi membongkok, leher anda akan menahan berat kepala sehingga otot menegang. Jadi, ubahlah posisi duduk anda menjadi tegak.

 

4. Makan makanan yang pedas

Cara lain pula, Makanan pedas juga boleh menyembuhkan rasa sakit kepala. Apabila rasa sakit kepala, carilah makanan pedas kegemaran anda. Sememangnya sakit kepala tu akan lega.

 

5. Menggunakan Bawang putih

Bukan saja bawang putih penting dalam masakan, tetapi ianya juga bagus untuk menghilangkan sakit kepala. Caranya, hiris nipis-nipis bawang putih, kemudian letakkan di tepi dahi sehingga rasa sakit kepala hilang

 

6. Bernafas dengan lebih efisien

Pejamkan mata dan cuba tarik nafas dalam-dalam. Kurang dari 50% penduduk dunia benar benar bernafas secara betul. Besar kemungkinan sakit kepala di sebabkan kekurangan oksigen.

 

7. Mandilah dengan air panas

Cara terakhir adalah dengan mandi dengan air panas atau berendamlah dalam air panas, ini kerana ianya mampu meredakan sakit kepala.

 

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba