Anda Tertinggal Kapal Terbang? Jangan Panik & Ikut Langkah Ini!





Setiap kali kita pergi melancong tak kiralah dalam atau luar negara, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian serius adalah tentang ketepatan masa penerbangan.

Yela, dah bayar tiket flight mahal-mahal takkan nak hangus begitu saja kalau anda terlepas jadual penerbangan hingga memusnahkan impian percutian yang dah lama diidamkan.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda lakukan sekiranya berada dalam situasi malang tersebut.

1. Bertenang. Jangan panik atau menangis.

2. Patah semula ke imigresen yang anda masuk tadi dan keluar ke pintu masuk pelepasan.

3. Maklum kepada petugas bahawa anda telah terlepas flight dan ikut arahan petugas.

4. Bagi passport atau boarding pass kepada petugas di imigresen untuk pemeriksaan.

5. Setelah keluar, tuntut bagasi anda sekiranya anda ada check-in bagasi.

6. Pergi ke Counter Service di kaunter check-in untuk dapatkan bantuan. Maklum kepada staff bahawa anda telah terlepas penerbangan.

7. Staff akan dapatkan anda flight baharu dan anda harus membayar harga tiket seperti yang dinyatakan oleh staff.

8. Dapatkan itinerari dan segera selesaikan urusan check-in dan drop-in bagasi.

9. Tunggu boarding time dan jangan terlepas lagi!

*DIINGATKAN BAHAWA BOARDING GATE TUTUP 20 MINIT SEBELUM PENERBANGAN!

Kredit: Rashidah Roslan (FB)

;