AirAsia Mula Laksana 'Prosedur Tanpa Sentuhan'
GAYA HIDUPSyarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia bakal melaksanakan beberapa prosedur tanpa sentuhan bagi perjalanan penting -- selain mengemas kini ciri-ciri baharu pada aplikasi mudah alihnya untuk memastikan perjalanan yang lancar dan lebih selamat kepada penumpang.
Malah AirAsia juga telah menyediakan sistem pilihan pembayaran tanpa sentuhan secara "WAVE" seperti AliPay dan WeChat Pay di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 serta bakal diperkenalkan di lapangan terbang lain secara berperingkat.
Manakala bermula hari ini, semua lapangan terbang yang beroperasi di seluruh Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia dan Jepun sudah melaksanakan proses daftar masuk tanpa sentuhan sepenuhnya menerusi penyediaan kiosk-kiosk oleh AirAsia -- di mana tetamu boleh mencetak pas masuk dan tag bagasi setelah mendaftar masuk secara dalam talian di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih.
Sementara itu, Sistem Penyelarasan Penumpang (PRS) yang membolehkan tetamu mengimbas pas masuk mereka turut disediakan di KLIA 2, sebelum diikuti oleh lapangan terbang lain di Malaysia di mana AirAsia beroperasi.
Selain itu, AirAsia turut melaksanakan inisiatif untuk mendigitalkan proses menaiki penerbangan dengan mengimbas semua pas masuk di pintu pelepasan dan tidak lagi mengambil pas masuk fizikal.
Pada bulan ini juga, aplikasi mudah alih AirAsia akan dikemas kini dengan ciri-ciri baharu -- di mana para tetamu boleh mengimbas pasport mereka melalui aplikasi tersebut, seterusnya memudahkan pengalaman pengguna dan melancarkan proses daftar masuk tanpa sentuhan.
Malah terdapat juga cadangan untuk menambah ciri-ciri lain seperti imbasan visa perjalanan dalam masa terdekat.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia Javed Malik berkata, selain langkah keselamatan ketat di lapangan terbang seperti penanda penjarakan sosial dan Allstars yang memakai peralatan perlindungan diri, prosedur tanpa sentuhan itu akan memberikan pengalaman lebih selamat, cekap dan tanpa sentuhan kepada tetamu.
"Keselamatan tetamu dan Allstars adalah keutamaan kami dan prosedur tambahan ini adalah bukti komitmen berterusan kami untuk memastikan keselamatan perjalanan dalam persekitaran normal baharu bagi perjalanan udara, " katanya.
Berikut langkah-langkah bagaimana untuk korang menggunakan segala kemudahan baharu tanpa sentuhan yang diperkenalkan oleh AirAsia :-
Sumber: Newsroom AirAsia