gateway@klia2 Tawar 'Giler Sale' Mulai 3 Nov Ini!

GAYA HIDUP
October 29, 2021 - 04:14 PM


Ini ada berita baik kepada korang yang giler shopping atau menggunakan perkhidmatan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 atau KLIA2!

Bermula 3 November ini, pusat beli-belah dalam KLIA2 atau disebut sebagai "gateway@klia2" bakal mengadakan jualan akhir tahun ‘Giler Sale’ dengan diskaun luar biasa sehingga 90% daripada pelbagai jenama dan barangan produk runcit eksklusif tanpa cukai, pakaian, aksesori fesyen, pakaian sukan, coklat serta gaya hidup.

Jualan ini bermula dari 3 November 2021 hingga 30 Januari 2022.

Jualan berkenaan adalah usaha berterusan gateway@klia2 dalam menyokong industri dan rakan niaga bagi memulihkan perniagaan mereka yang terkesan akibat Covid-19.

Setiap sudut gateway@klia2 bakal ditransformasikan menjadi sebuah bazar jualan hebat sepanjang acara jualan tiga bulan, yang mana pembeli boleh menjangkakan promosi dan jualan jenama yang akan sentiasa diperbaharui untuk memberikan tawaran yang terbaik.

Antara peniaga yang mengambil bahagian adalah termasuk Eraman, Heinemann, Original Classic, Skechers, LARRIE, Pierre Cardin, Hummer, BookXcess, F.O.S, Wings, Elianto Make-Up dan lebih ramai lagi yang akan menjadi antara peniaga yang mengambil bahagian.

gateway@klia2 berbesar hati untuk menjemput para pembeli dan pelancong untuk merebut tawaran ini dan menangi ganjaran hebat bernilai sehingga RM100,000!

Pembeli juga berpeluang memenangi 100,000 mata dalam WCT Buddy, sebuah aplikasi gaya hidup komuniti dengan ciri dinaik taraf, sepanjang Giler Sale berlangsung.

Bermula dengan 5-hari Insane Deals secara eksklusif, ganjaran menakjubkan dan aktiviti yang menyeronokkan menanti pelanggan bermula dari 3 hingga 7 November 2021.

Para pembeli boleh menyertai Cabutan Harian Beli-belah Percuma dan berpeluang memenangi RM1,000 setiap hari dengan setiap pembelian berjumlah RM100.

Pelanggan juga boleh membuat pendaftaran diri di Kaunter Concierge atau secara lebih awal melalui Facebook untuk cabutan bertuah setiap jam bagi melayakkan diri memenangi baucar beli-belah bernilai RM100 tanpa sebarang perbelanjaan. 

Untuk kemudahan para pelanggan, KLIA Ekspres akan menawarkan diskaun sehingga 40% ke atas tambang kereta api ERL untuk para pembeli yang ingin menuju ke gateway@klia2 secara khas sempena Insane Deals 5-hari ini.

Para pembeli masih boleh menikmati tawaran hebat dan memenangi ganjaran yang luar biasa sepanjang jualan tiga bulan dengan Sure Win Giler Spin, Cabutan Khas Mingguan Beli-belah Percuma dan 2 jam parkir secara percuma dengan perbelanjaan sebanyak RM100.

Sumber: Malaysia Gazette & Kredit Gambar: gatewayklia2

Destination: