Anicorn x NASA - Jam Edisi Terhad Sempena Ulangtahun Ke-60 NASA

GAYA HIDUP
October 22, 2018 - 01:56 PM


Tahun ini merupakan ulangtahun ke-60 penubuhan NASA dan untuk menyambutnya, syartikat pengeluar jam dari Hong Kong iaitu Anicorn telah melakukan kerjasama dengan NASA untuk menghasilkan jam tangan Anicorn x NASA, jam tangan automatik dan edisi terhad.

Punyalah rare jam ni, hanya akan dikeluarkan 60 unit sahaja, dan apa yang menarik adalah rekaan tali jam berkenaan adalah sama seperti yang dipakai oleh angkasawan Apollo dalam misi mereka ke bulan.

Setiap pembelian jam ini nanti akan disertakan dengan kotak khas beserta warranti dan koordinat Kennedy Space Center di Florida.

Apa yang unik pasal jam ni ialah seramik bulat yang akan berputar menunjukkan jam selain warna putih dan merah untuk menghiasi jam ini. Memang minimalist dan cool!

Jam Anicorn x NASA ini dijual pada harga USD 650 (RM 2,700+/-), TAPI kalau korang berhajat nak dapatkan sebagai koleksi, mintak maap. Ianya dah ‘sold out’! Jadi, kita tangok gambar ajelah ye...