NASA Dedah Imej Galaksi Paling Jauh Dan Jelas Abad Ini!

GAYA HIDUP
July 13, 2022 - 03:57 PM


NASA baru-baru ini telah kongsikan beberapa imej pertama yang diperolehi melalui Teleskop Angkasa James Webb. Ini merupakan imej galaksi terjauh dan paling jelas yang diperolehi setakat ini. Ia dikenali sebagai Webb’s First Deep Field.

Yang menakjubkan ialah, buat pertama kalinya, anda kini boleh lihat dengan jelas beribu-ribu galaksi termasuklah objek paling samar yang pernah ditontonkan dalam inframerah. Jika anda rasa imej ini besar, sebenarnya gambar yang dikongsikan ini adalah sebahagian kecil alam semesta sahaja. Ia diibaratkan seperti sebutir pasir yang berada di paras lengan seseorang di atas tanah.

Ini bukanlah kali pertama ahli astronomi kongsikan imej gugusan galaksi SMACS 0723. Hubble juga ada kongsikannya. Tapi, perincian dan resolusi imej Webb nampak jauh lebih baik daripada Hubble. Anda boleh lihat imej dari Hubble di bawah ini.

Destination: