Antara Tabung Haji Dan ASB Yang Manakah Pilihan Anda Untuk Melabur?

GAYA HIDUP
March 13, 2018 - 12:56 PM


Melabur merupakan salah satu langkah yang perlu di ambil buat mereka yang inginkan masa depan yang cerah. Ekonomi yang tidak menentu zaman sekarang di lihat agak bahaya terutama bagi mereka yang tidak mempunyai simpanan yang mencukupi. Paling kurang pun dah cover 6 bulan komitmen.

Sebelum ni aku juga keliru nak buat pelaburan melalui ASB (Amanah Saham Berhad) atau pun Tabung Haji. Maklumlah duit pun cukup-cukup je nak melabur. Kalau duit banyak tak jadi masalah boleh jer guna dua-dua. 

Ramai yang gemar melabur dalam ASB (Amanah Saham Berhad) oleh kerana pulangannya yang tinggi. Tetapi ada juga yang memilih untuk melabur menggunakan Tabung Haji. Dan Haji, mana satukah yang memberi pulangan lebih menguntungkan? Ini adalah penerangan yanng dikongsi oleh Afyan Mat Rawi.

Perbandingan prestasi ASB dan Tabung Haji bagi tempoh 5 tahun. Ini adalah perbandingann prestasi untuk kedua-duanya dari tahun 2012 sehingga 2016:

ASB

  • 2012 – 7.75%
  • 2013 – 7.70%
  • 2014 – 7.50%
  • 2015 – 7.25%
  • 2016 – 6.75%

*Dividen sahaja, tidak termasuk bonus

Tabung Haji

  • 2012 6.50%
  • 2013 6.00%
  • 2014 6.25%
  • 2015 5.00%
  • 2016 4.25%

*Hibah TH sahaja, tidak termasuk bonus atau Hibah Haji

Berikut adalah keuntungan melalui dividen tahunan sahaja atau di Tabung Haji ianya digelar sebagai hibah TH, iaitu tanpa bonus. ASB dan Tabung Haji kedua-duanya mempunyai bon diberikan kepada mereka yang layak selain daripada dividen yang diberikan setiap tahun

Kalau dilihat pada rekod di atas, ASB menunjukkan pulangan yang melebihi TH dan pada tahun lepas iaitu perbezaan lebih ketara. Untuk lihat dengan lebih jelas perbezaan keuntun lepas, boleh rujuk statistik di bawah:

  • 2012 – 1.25%
  • 2013 – 1.70%
  • 2014 – 1.25%
  • 2015 – 2.25%
  • 2016 – 2.50%

Ada satu perebezaan nyata antara ASB dan TH iaitu..

Korang mungkin nampak perbezaan pada kepulangan tetapi korang terlepas pandang pada satu faktor ini iaitu zakat simpanan. Di Tabung Haji, sudah difatwakan bahawa pendeposit Tabung Haji tidak perlu membayar lagi zakat simpanan kerana ianya sudah pun ditunaikan oleh TH sendiri sejak tahun 1979. Ianya perlu diambil kira untuk membuat pembandingan antara kedua-duanya.

Ini adalah pengkiraan yang dilakukan oleh Afyan Mat Rawi dimana dia melakukan simulasi perbandingan pulangan dengan memasukkan faktor zakat dengan andaian ASB sebanyak 7.5% dan Tabung Haji sebanyak 5%.

Dengan bermodalkan sebanyak RM100,000, selepas diambil kira keuntungan dan zakat, hasil yang didapati selepas 5 tahun adalah sama sekali. Di bawah ini adalah pengkiraan sebenar berdasarkan pulangan ASB dan TH dalam masa 5 tahun untuk lebih jelas.

Jadi selamat melabur! Dan melaburlah dengan bijak demi masa depan korang sendiri.