Ini 23 Syarikat Agensi Pelancongan Yang Ada Lesen Sah TH Untuk Bawa Jemaah Musim Depan!

GAYA HIDUP
February 03, 2023 - 04:17 PM


Ini ada satu berita khas buat bakal jemaah haji Malaysia yang akan menunaikan Rukun Islam kelima pada tahun ini...

Bagi mengelakkan anda menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan yang mendakwa mampu menguruskan segala urusan ibadah Haji anda -- berikut disenaraikan 23 syarikat berdaftar yang mempunyai lesen sah sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) serta diiktiraf oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

SENARAI 23 SYARIKAT DAN AGENSI PELANCONGAN YANG ADA LESEN PENGELOLA JEMAAH HAJI 2023 

1. AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

2. ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

3. ALIF TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

4. AL BALAD TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

5. BATUTA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

6. CITRA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

7. C. S.HOLIDAYS SDN. BHD.

8. EIMAN TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

9. EMRAZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

10. FELDA TRAVEL SDN. BHD.

11. GEMILANG TRAVEL AND TOURS SDN. BHD.

12. JAD TRAVEL & TOURS (M) SDN. BHD.

13. JUARA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

14. MIMM TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

15. MKM TICKETING TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

16. RAYHAR TRAVELS SDN. BHD.

17. TM TOURS & TRAVEL SDN. BHD.

18. TRI-D TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

19. UTAS TRAVEL & TOURS WORLDWIDE HOLIDAYS SDN. BHD.

20. WIRA SAUJANA TRAVELS & TOURS SDN. BHD.

21. SYARIKAT PELANCUNGAN YASKIN SDN. BHD.

22. ZAHAFIZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

23. TH TRAVEL & SERVICES SDN BHD

Pengarah Eksekutif TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pemilihan PJH adalah bagi memastikan syarikat-syarikat pelancongan tempatan memiliki kapasiti yang teguh, kepakaran dan pengalaman mencukupi.

Selain itu, kewibawaan mereka juga menjadi ukuran supaya mampu memberikan perkhidmatan terbaik serta sentiasa menjaga kebajikan jemaah haji negara.

Katanya, mana-mana syarikat pelancongan berdaftar boleh memohon menjadi PJH yang berlesen dan dipilih secara tahunan setelah memenuhi syarat-syarat ditetapkan.

“Musim haji kali ini, terdapat syarikat PJH baru diluluskan lesen bagi memberi pilihan yang lebih banyak kepada bakal haji.

“TH ingin mengingatkan semua bakal jemaah haji berhasrat ingin menunaikan haji tahun ini untuk lebih berhati-hati dan memilih pakej disediakan oleh syarikat-syarikat PJH yang dilesenkan ini sahaja.

“Bakal haji yang berhasrat menunaikan haji melalui PJH perlu mendaftar dengan syarikat pilihan mereka selepas menerima surat tawaran menunaikan haji,” katanya.

TH juga memberi amaran keras jika ada mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa mendapat kelulusan daripada TH -- mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta TH.

Senarai PJH yang menerima lesen ini boleh dirujuk di laman web rasmi TH www.tabunghaji.gov.my

Langkah proaktif TH itu dilakukan bagi mengelakkan insiden sama berulang seperti tahun lepas di mana lebih 400 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akibat menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan.

Destination: