"No Man, No Problem!" - Wanita Kini Boleh Tunai Rukun Islam Kelima Tanpa Mahram

GAYA HIDUP
October 12, 2022 - 02:53 PM


Mungkin ketika ini ramai di kalangan wanita yang teringin untuk mengerjakan ibadat haji dan umrah, namun bergelut untuk mencari mahram atau penjaga lelaki bagi menemani.

Jangan bimbang lagi, ini ada satu khabar gembira buat anda kaum Hawa.

Semalam (11 Oktober 2022) -- Kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa wanita kini dibenarkan menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu membuat haji dan umrah meskipun tanpa kehadiran mahram.

Lapor Arab News -- Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah mengumumkan keputusan itu dalam sidang media di Kedutaan Arab Saudi di Kaherah, Mesir.

Penasihat Perkhidmatan Haji dan Umrah Arab Saudi, Ahmed Saleh Halabi berkata wanita yang menunaikan umrah atau haji tanpa mahram perlu ditemani bersama wanita atau pihak lain.

Halabi berkata keputusan ini sesuai dengan fatwa penyeliaan Alazhar AlSharif di Mesir, Abbas Shoman, Mac lalu.

Terdahulu, Kementerian Haji dan Umrah Saudi mengumumkan membenarkan kaum wanita menunaikan umrah tanpa mahram pada Mac lalu.

Bekas penasihat Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Faten Ibrahim Hussein berkata keputusan itu memudahkan wanita yang bergelut mencari mahram di tengah-tengah pelbagai kekangan.

Di samping itu, Arab Saudi juga telah melakukan pelbagai usaha lain untuk memudahkan haji dan umrah secara keseluruhan termasuk dengan menggunakan teknologi moden.

Dalam masa sama, Arab Saudi dilaporkan menyediakan platform Nusk yang boleh memudahkan orang ramai mendaftar haji sekaligus membolehkan jemaah memohon visa umrah melalui platform dalam masa yang singkat dan boleh diperolehi dalam tempoh 24 jam.

Destination: