Apple Anjurkan Cabaran ‘Shot On iPhone’ Sekali Lagi

GAYA HIDUP
January 25, 2019 - 12:50 PM


Ha, pengguna iPhone dekat luar sana. Ini ada story yang best untuk korang, lagi-lagi kalau korang ni suka mengambil gambar dan Instagram korang penuh gambar-gambar cantik bukannya selfie.

“Shot on iPhone” kembali lagi kali ini, dan Apple mencari gambar yang menarik. Bermula 22 Januari hingga 7 Februari 2019 ni, korang Cuma perlu letakkan hashtag ‘#ShotOnIphone’. Dah tentunya, korang kena ambil gambar menggunakan iPhone dan kongsi di Instagram atau Twitter dengan hashtag yang sama.


Antara contoh gambar yang diberikan oleh Apple

10 gambar terbaik akan dipilih oleh panel-panel juri. Lebih menarik lagi, gambar yang menang nanti akan digunakan di papan iklan, hiasan dalam Apple Store dan juga di laman rasmi Apple.


Bangga tau kalau nama korang terpampang dekat gambar billboard nanti...

Difahamkan, gambar yang diberikan boleh diedit menggunakan aplikasi Apple ataupun aplikasi third-party.

Antara syarat yang dikenakan, korang haruslah berumur 18 tahun dan ke atas untuk layak menyertai cabaran Apple ini. Ingat, tarikh tutup 7 Februari 2019 dan pemenang akan diumumkan pada 26 Februari 2019.

Korang boleh baca syarat-syarat penyertaan di sini.

;