Bas Hong Kong Ini Khas Untuk Anda Yang Senang Terlelap Ketika Naik Kenderaan
GAYA HIDUPKalau anda sering menaiki pengangkutan awam seperti LRT, KTM atau bas, mesti selalu juga anda nampak penumpang lain tertidur dalam tu terutamanya ketika waktu puncak. Mana taknya, mereka kena bangun awal untuk bersiap ke tempat kerja, jadi memang penat.
Hong Kong tour company launches 5 hour/47 km bus ride, just for passengers to sleep on the bus.
— Thos Major (@ThosMajor) October 27, 2021
The company noticed patrons falling asleep on its buses and launched the tour for people who can't sleep at night. Tickets range from $13 to $51 per person. pic.twitter.com/Lu4oIcRx06
Bas itu juga difahamkan akan bergerak sejauh 76 kilometer di sekitar Hong Kong. Pengurus pemasaran syarikat pelancongan bas itu yang dikenali sebagai Kenneth Kong berkata beliau mendapat idea setelah melihat satu status di media sosial rakannya yang mengatakan dia tak dapat tidur pada waktu malam kerana stres bekerja.
Rakannya itu walau bagaimanapun mengatakan dia dapat tidur dengan nyenyak setiap kali menaiki bas.
Nampaknya perjalanan bas tidur ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai sebab baru je dilancarkan namun tiket dah habis terjual pada hujung minggu lalu.
Ada penumpang yang menghadapi masalah insomnia pula mengatakan dia sengaja sertai perjalanan bas tersebut untuk senang terlelap.
Sumber: Lobakmerah