Akhirnya 'Terminal Bas Sementara Paling Lama' Di Malaysia Bakal Diganti Baru Pada 2025!
GAYA HIDUPJika sebelum ini viral dan kecoh tentang betapa daifnya Terminal Bas Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan yang didakwa terlalu ketinggalan serta tidak memberi keselesaan kepada pengguna.
Sehingga ia mendapat gelaran 'Terminal Bas Sementara' paling lama dalam sejarah di Malaysia!
Artikel Berkaitan Sebelum Ini: Kota Bharu Miliki 'Terminal Bas Sementara' Paling Lama Di Malaysia, 12 Tahun! Daif & Ketinggalan Zaman!
Tidak mahu lagi menjadi bahan jenaka dan usikan pengguna di media sosial, terbaharu dilaporkan bahawa terminal tersebut yang bakal dijenamakan menjadi Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu Sentral dijangka siap dibina pada hujung 2025.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan, Datuk Azami Mohd Nor berkata, pembinaan terminal bagi menggantikan terminal bas sementara di Lembah Sireh dengan mengeluarkan ‘Request For Proposal’ (RFP) bagi projek pembangunan Terminal Pengangkutan Bersepadu Kota Bharu Sentral telah dilaksanakan pada hujung tahun lalu.
Menurutnya, keseluruhan pembangunan lain akan siap dalam tempoh sembilan tahun.
"Proses RFP tergendala akibat Covid-19. Bagaimanapun, kerajaan negeri pada 1 Jun lalu memilih satu syarikat yang disenaraikan dalam bursa saham kategori papan utama untuk melaksanakan pembangunan Kota Bharu Sentral di atas tanah seluas 6.948 membabitkan Stesen Bas Bersepadu, bangunan komersial dan pangsapuri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim pada Isnin.
Sumber: Astro Awani & Kredit Gambar: Berita Harian