[VIDEO] "Halal Ke?" - Video Lelaki Makan Telur Buaya Undang Persoalan, Ini Jawapan Mufti Wilayah!

GAYA HIDUP
July 10, 2023 - 04:07 PM


Satu rakaman video memaparkan seorang lelaki yang sedang menikmati telur buaya goreng telah tular di media sosial baru-baru ini.

Menyita perhatian, rakaman tersebut dimulakan dengan aksi sang isteri menggoreng telur haiwan eksotik peliharaannya itu.

Bukan sengaja mahu memakan telur tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Khairul Johari itu berkata bahawa ruangan di rumahnya sudah terhad.

Tidak lagi mampu menampung kehadiran anak buaya baharu, Khairul dan isteri memutuskan untuk makan sahaja telur tersebut.

“Tempat saya bukan zoo, saya bela haiwan sebab hobi, di rumah saya banyak haiwan lain juga bukan buaya semata-semata.

“Ruang rumah saya agak sempit. Bukan saya sengaja tak nak menetaskan telur buaya itu, tapi sebabnya saya tak ada tempat.

“Saya dah bincang dengan isteri, kami kekurangan tempat untuk tambahan haiwan, jadi kami ambil keputusan untuk makan telur buaya itu,” katanya.

Khairul yang memelihara lebih 1,000 jenis spesies haiwan itu berkongsi bahawa telur buaya itu mempunyai rasa yang lebih berkrim daripada telur lain.

Tidak menghabiskan telur bahagian putih kerana mempunyai rasa yang aneh, Khairul berkongsi rakaman tersebut menerusi akaun TikToknya.

@khairuljohari27 Replying to @azri_juhari ♬ Musik Relaksasi - Formasi

Mengundang perbincangan hangat, ramai penonton mula mempersoalkan status halal telur haiwan yang disantapi Khairul itu.

Carian di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mendapati telur buaya hukumnya halal dimakan oleh umat Islam.

Asalkan tidak mendatangkan kemudaratan, kesemua telur haiwan di muka bumi ini suci dan halal dimakan kecuali telur ular dan serangga.

Walaupun telurnya boleh dimakan, daging buaya tetap haram dimakan kerana ia datang dari kategori haiwan dua alam dan bertaring.

Destination: