Selalu Sesat Dalam Mall? Rupanya Boleh Guna Kamera Telefon Je Cari Tempat Yang Nak Pergi!

GAYA HIDUP
August 03, 2023 - 12:52 PM


Korang pernah tak merasai pengalaman 'sesat' di dalam mall? Tercari-cari di mana letaknya kedai atau restoran yang nak dituju? Atau terkadang lupa parking kereta berdekatan kedai mana?

Sebenarnya semua masalah tersebut boleh diselesaikan dengan aplikasi "Google Maps" yang ada di telefon pintar kita tau!

Menerusi sebuah perkongsian di TikTok -- seorang pemuda telah mendedahkan tentang fungsi bagaimana dengan hanya menggunakan Google Maps dapat membantu kita mengatasi masalah kesesatan di dalam mall yang kecil atau besar.

Dalam video itu, pemuda berkenaan menunjukkan demonstrasi menggunakan Google Maps yang mempunyai kebolehan untuk mengakses rakaman video dari kamera serta memaparkan navigasi secara live.

Ternyata fitur itu sudah diperkenalkan sejak tahun 2021, tetapi masih ramai yang tidak mengetahui cara untuk memanfaatkannya.

Jom kita lihat satu-persatu langkah untuk menggunakan navigasi live view di Google Maps yang sangat membantu supaya korang takkan sesat lagi.

1) Buka aplikasi Google Maps yang sudah dikemas kini. Masukkan destinasi yang ingin dituju.

2) Tekan butang directions seperti yang ditunjukkan anak panah merah dalam gambar di bawah.

3) Tekan mod perjalanan korang iaitu walking seperti yang ditunjukkan anak panah merah dalam gambar di bawah.

4) Tekan butang live view seperti yang ditunjukkan anak panah merah dalam gambar di bawah untuk memulakan navigasi.

5) Halakan kamera telefon pintar kepada struktur bangunan di sekeliling anda, Google Maps akan cuba menentukan di mana lokasi korang secara tepat.

6) Ikut navigasi yang ditetapkan Google Maps, perhatikan juga keadaan di sekeliling korang untuk memastikan persekitaran selamat sebelum meneruskan perjalanan.

7) Telefon pintar anda akan bergetar apabila anda akhirnya tiba ke destinasi.

Sebagai makluman, penggunaan live view di Google Maps memerlukan pencahayaan yang terang dan anda perlu berada di kawasan terbuka, bukannya di dalam tempat tertutup seperti sebuah bilik.

Selain itu, penggunaan live view di Google Maps akan 'menelan' kuasa bateri yang banyak daripada peranti anda. Oleh itu, anda disarankan untuk menggunakannya apabila perlu sahaja.

Peranti anda juga haruslah disahkan sebagai ARCore iaitu kebolehan untuk memproses pengimejan realiti terimbuh (augmented reality). Selamat mencuba!

Sumber: Mstar

Destination: