Bekas Pensil Klasik Louis Vuitton – Harga RM3,659
GAYA HIDUPJenama mewah Louis Vuitton (LV) baru-baru ini tampil dengan bekas pensil atau lebih tepat bekas simpan pensil warna. Hadir dengan rekaan yang simple dan klasik, bekas pensil LV ini boleh digulung dan diperbuat daripada calfskin.
Dari rekaan bentuk luar, tak ada yang istimewa cuma bekas pensil tersebut dipenuhkan dengan corak ikonik monogram LV. Specialnya dekat sini, ia memang didatangkan dengan 40 pensil warna yang mempunyai logo LV.
Bagi tujuan keselamatan, atau ‘kuncian’ LV meletakkan cincin logam berukiran berputar untuk mekanisme ‘lock’ nya. Koleksi ini dijangka masuk ke pasaran pada April 2019 namun masih tidak dapat dipastikan sama ada ia akan terus dijual atau pelancaran sahaja.
Dengar-dengar, koleksi ni harga dia mencecah $900 (~RM3,659).
p/s : Pensil warna sampai beribu-ribu tu… Tapi kalau dekat Malaysia ni, rasanya yang akan dapat rasa adalah Cik B, anak kepada Datuk Seri Vida. Hehe