Louis Vuitton Memasuki Dunia Larian Dengan Penuh Bergaya.
GAYA HIDUPSebut sahaja tentang Louis Vuitton, kita mesti terfikir akan beg tangan cap LV ni. Mana tidak, syarikat yang terkenal dengan beg LV ini memang dah sedia maklum menghasilkan beg high end dan digilai ramai yang ingin menonjolkan status masing - masing. Kira kalau bawak handbag tu, dari jauh orang dah kenal dan tahu itu beg mahal.
Baru-baru ini LV mahu menembusi pasaran sneaker yang sememangnya sudah ultra kompetitif dan sinonim dengan nama seperti Adidas, Nike dan sebagainya. LV nampaknya hadir dengan running shoe terbaru. Ironinya, ia dipanggil Louis Vuitton New Runner.
Sneaker ini mempunyai material knit dan sidikit campuran kulit, elemen elastik, motif ikon "V" (Volez, Voguez, Voyagez) pada lidah dan diwarnakan dengan tangan. Memang LV nampaknya masih mengekalkan ke-vogue-an jenama mereka dalam menghasilkan kasut larian ini.
Ini adalah percubaan pertama jenama mewah dalam merekabentuk dan membuat kasut gaya hidup aktif untuk peminat mereka.
Untuk pilihan warna pula, LV memilih untuk minimalism dengan hanya satu tona sama ada hitam, merah atau hijau.
Buat masa ini, masih belum ada harga dan bila ia akan dilancarkan. Ketika membuka laman web LV sendiri juga, masih tidak dipaparkan New Runner ini…
Ha, nampaknya lepas ni akak-akak dah boleh dah nak vogue masa running atau pegi Zumba… =)
Sumber : Hypebeast