Berita baik buat ‘kipas susah mati’ Star Wars dan LEGO®!

GAYA HIDUP
September 08, 2017 - 04:56 PM


LEGO® menerusi laman web mereka mengesahkan bahawa mereka akan mengeluarkan set Millenium Falcon, iaitu salah satu model yang ikonik dalam siri Star Wars. Seperti model – model yang dikeluarkan oleh LEGO® seperti ini, Millenium Falcon ini dikatakan antara model yang termahal dan terbesar pernah dihasilkan dengan 7500 kepingan LEGO® .Selain itu, terdapat pelbagai feature yang menarik serta details yang pada kami, sangat mengujakan!

Source : LEGO ®

Antara feature yang terdapat pada model LEGO® ini adalah perincian luaran yang rumit, meriam laser quad atas dan bawah, kaki pendaratan, menurunkan tanjakan asrama dan kokpit 4-minifigure dengan kanopi boleh tanggal. 

Source : LEGO ®

Set Millenium Falcon ini juga didatangi dengan 4 mini minifigures klasik: Han Solo, Chewbacca, Princess Leia dan C-3PO. Juga termasuk 3 kru Episod VII / VIII: Lama Han Solo, Rey dan Finn.

Ini bermaksud, anda boleh memilih nak pamerkan kru klasik, ataupun yang baru…

Tidak ketinggalan juga ada BB-8 droid, 2 Porgs dan Mynock yang boleh dibina.

Model ini dikatakan antara model yang termahal dan terbesar yang pernah dihasilkan oleh LEGO® kerana saiz Millenium Falcon ini adalah 8 "(21cm) tinggi, 33" (84cm) panjang dan 22 "(56cm) lebar.Set ini juga dilengkapi dengan plak fakta maklumat tau. Jadi, amat sesuai jika anda nak display di dalam almari koleksi anda.

Source : LEGO ®

Setakat ini, di laman web LEGO® sendiri, model ini berharga USD 799 atau lebih kurang RM 3,400! Dan akan di release ke pasaran di seluruh dunia secara serentak pada 1 Oktober 2017 termasuk Malaysia!

Kami dah call perunding khidmat pelanggan LEGO® sendiri dan mereka juga mengesahkan bahawa set ini boleh didapati di Certified Store LEGO® di Malaysia. Tapi, siapa cepat dia dapat. Sebab kami dah cuba call outlet di The Curve, Damansara, dan mereka mengesahkan bahawa tiada pre-order yang akan dilakukan. Kesemua pembelian adalah secara walk-in dan akan dijual serentak di seluruh negara pada 1 Oktober nanti.

Jadi, kepada peminat tegar dan collector Star Wars, siap sedialah untuk berkhemah dekat The Curve nanti. Sebab mereka sendiri belum dapat berapa kuantiti yang akan mereka terima nanti.

Sumber : LEGO ®/Website