Hogwarts Castle – Set LEGO Harry Potter Terbesar Dipasarkan

GAYA HIDUP
December 20, 2018 - 05:05 PM


Untuk sesetengah orang, LEGO berkemungkinan difikirkan sebagai ‘hanya permainan kanak-kanak’. Tapi kalau nak diikutkan, Lego sendiri memasarkan diri mereka sesuai untuk pelbagai genre umur.

Bagi yang ‘follow’ atau meminati Lego ni, lebih-lebih lagi penggumpul, korang mesti tahu yang sebelum ini, ada beberapa set yang khas dikeluarkan. Sebagai contoh, Set Millenium Falcon untuk peminat Star Wars, keluaran semula set Taj Mahal dan set khas sempena ulang tahun Jurassic Park.

Seperti siri yang lain, Harry Potter juga mempunyai fanbase yang agak besar dan boleh dikatakan segala benda boleh dijadikan koleksi. Daripada keychain, tongkat sakti, anak patung dan macam-macam lagilah.

Baru-baru ini, Lego ada keluarkan model kedua terbesar mereka selepas Millenium Falcon iaitu Hogwart Castle, sekolah dimana Harry Potter banyak menghabiskan masa dalam filem berkenaan.

Didatangi dengan 6,020 kepingan, set ini korang boleh jadikan collectable item jugak ni. Sebabnya satu ianya Lego, kedua ianya Harry Potter! Kalau nak dijual balik nanti, memang ada value.

Selain menjadi model kedua terbesar, Hogwarts Castle ini didatangkan dengan watak-watak dalam filem Harry Potter dalam bentuk Lego. Antaranya Hagrid, Snape, Dumbledore dan semistinya Harry, Ron dan Hermione.

Tak cukup sampai situ, set ini sangat terperinci sehinggakan ia kelihatan sangat authentic dengan bangunan ikonik tersebut. Lengkap dengan Chessboard Chamber, movind staircase dan juga kelas Defence Against the Dart Arts.

Set ini juga didatangkan dengan 4 figura mini, 27 figura mikro termasuk pelajar sekolah, professor dan dementor.

Set ini dijual pada harga £349.99 ( RM1854) dan tak pasti sama ada ia boleh didapati di pasaran Malaysia atau tidak. Tapi, kalau sanggup, boleh pesan di laman web rasmi Lego.

Jom tengok set Lego Hogwarts Castle ni daripada Lego Creator sendiri :

Images Credit : Lego | Brickset