Sempena Ulangtahun Jurrasic Park Ke-25, Lego Keluarkan Set Edisi Khas Jurrasic Park

GAYA HIDUP
April 16, 2018 - 03:03 PM


Tahun ini menyaksikan filem ikonik berkisahkan dinasour iaitu Jurrasic Park menyambut ulang tahunnya ke-25 sejak ia pertama kali diperkenalkan pada tahun 1993.

Untuk ulangtahun ini, Lego memperkenalkan set Jurrasic Park yang pertama untuk menyambut ulangtahun filem ini. Set yang mengandungi 360 kepingan Lego berkenaan mengambil babak original dalam filem pertama terbabit iaitu sesi kejar mengejar Velociraptor .

Selain itu, set ini juga dilengkapi dengan babak raptor tersebut memburu di dapur, control room dan banyak lagi.

Difahamkan, set ini nanti turut mempunyai watak Alan Grant, Ellie Sattler, Lex dan juga Tim Murphy. Dah nama pun set Velociraptor, mestilah ada Velociraptor dalam set ini. Selain tu, ada jugak 8 embrio dinasor, penyelak pintu, dan kabinet untuk menyembunyikan diri dari Velociraptor.

Kalau korang nak dapatkan set ini, boleh cuba tanya atau pre-order di kedai Lego berhampiran sebabnya untuk pasaran antarabangsa, dikatakan ia akan berada di pasaran pada minggu depan dengan harga 40USD (RM 156).

Dengar-dengar cerita, set Jurrasic World pun akan dikeluarkan pada pertengahan bulan ni.

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video